Monday, March 02, 2020

Lagi 850 + 563 Ahli Keluar PKR..


Abu Talib (tengah) bersama sebahagian mereka mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa hari ini.
Lagi 850 ahli keluar PKR Sabak Bernam


SABAK BERNAM - Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang bersama kira-kira 850 ahli PKR Cabang Sabak Bernam mengumumkan keluar parti itu, berkuat kuasa hari ini.
Abu Talib berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan perpecahan serta didakwa gagal menyatukan ahli parti itu di semua peringkat.
Menurutnya, Anwar dilihat hanya mementingkan kelompok tertentu dan meminggirkan ahli yang lain terutama pejuang yang berkorban mempertahankan parti berkenaan.
"Anggota parti kecewa dengan kepimpinan Anwar dan dijangka lebih ramai mengumumkan keluar PKR dalam waktu terdekat," katanya.
Beliau memberitahu, ahli juga kecewa selepas Anwar masih lagi gagal mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
"Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak diyakini sebahagian besar ahli Parlimen dan ahli parti pula menjadi huru-hara serta berpecah," katanya.
PKR Cabang Sabak Bernam merupakan cabang kedua di negeri ini yang mengisytiharkan keluar parti selepas PKR Cabang Sungai Besar bertindak meninggalkan parti itu, semalam. (SH Isnin | 2 Mac 2020)
563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti
 Fauzi (tengah) pada sidang media mengumumkan 563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti. - NSTP/Norzamira Che Noh

563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti

SHAH ALAM: Seramai 563 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan kemelut yang melanda parti berkenaan.
Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Kota Raja, Fauzi Din, berkata kemelut yang melanda parti itu seperti tiada kesudahan dan membuatkan ahli bawahan keliru mengenai hala tuju parti berkenaan.
“Sebelum ini, kami sebagai ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat kawasan hanya bersabar dan cuba menutup kelemahan parti pada rakyat bagaimanapun, keadaan parti ini semakin parah.
“Kami ingatkan apabila Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, PKR akan lebih baik tetapi lebih berkecamuk.
“Ia jelas kelihatan semasa proses pemilihan dilakukan yang mana kami lihat parti ini seperti parti ‘gangster’ bergaduh di sana sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Kemuning, hari ini.
Beliau berkata, keadaan menjadi lebih teruk apabila parti bertindak memecat individu yang menjaga parti selama 20 tahun iaitu bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.
Katanya, Azmin dan bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin adalah orang yang tidak pernah lari dari parti serta tidak wajar diperlakukan sedemikian.
“Kami juga malu dengan parti lain apabila Anwar dilihat begitu gelojoh untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.
“Justeru, kami sepakat tanpa paksaan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan parti yang kami sertai hampir 20 tahun yang lalu,” katanya.
Fauzi berkata, beliau dan ahli lain yang ingin keluar parti akan menghantar surat untuk membatalkan keahlian mereka ke Pejabat PKR Cabang Kota Raja esok.
Terdahulu pada Jumaat, seramai 500 ahli PKR Cabang Sungai Besar mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan tindakan Presiden parti itu memecat Azmin dan Zuraida
Ia kemudian diikuti 850 ahli Cabang Sabak Bernam hari ini. (BH Isnin, 2 March 2020 - 5:24AM)

2 comments:

Anonymous said...

Prof.Dr.Chandra Muzaffar yg disegani academian dunia pun dia sinuwar khianat.. inikan ahli tahap bawah..

Oh ya.. tak ke sijijah tu dulu tunangan kawan dia yg dia bawak lari nikah sebelah siam?? Tanya jer nih.
Ada geng2 abim cakap kunun kawin 'syuro' tapi persoalanya mana dia si kawan dia yg passing tunangnya untuk kawin dgn sinuwar??
Member baik takkan terus jadi menghilang dalam persekitaran sinuwar terutama sewaktu sinuwar jadi menteri.
Juga kenapa sampai simadeykutty yg terpaksa mendamaikan sinuwar dengan wan ismail setelah simadeykuty lantik dia jadi timbalanmenteri??
Misteri la ni.. dan kalau betul tak ke tu namanya khianati kawan dengan melarikan tunangannya??

Perlu penjernihan benda nih.. masyarakat perlu tahu kisah sebenar disebalik cerita nih, lebih2 lagi ianya dikatakan berlaku sewaktu dia menjadi presiden abim.

Anonymous said...

563 yg keluar tu termasuk puaka rimba ke??? Atau puaka rimba udah sebati sehidup semati dengan semburit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails