Wednesday, March 04, 2020

Bentuk Jemaah Menteri, Tiada Syarat Dari PAS Terserah PM..

Jemaah Menteri: Pas tidak meminta, cuma mahu yang berintegriti - Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melantik Kabinetnya. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jemaah Menteri: Pas tidak meminta, cuma mahu yang berintegriti - Hadi Awang

KL: Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melantik Kabinetnya.

Namun, beliau mahu mereka yang dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti.

"Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan dan berkemahiran serta mewakili masyarakat majmuk.


"Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.

"Saya menegaskan Pas menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.


Beliau pada masa sama turut menghargai jemputan Perdana Menteri untuk pihaknya memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.


Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.
Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.

4 comments:

Anonymous said...

Selepas anwar gagal, adakah pkr akan terus survive. Penubuhannya lebih berpaksi kepada merealitikan anwar sebagai next pm. Sekarang terus menerus gagal. Semoga akan kurang perpecahan melayu serta fahaman liberal tiada dalam dominasi lagi. Gabungan liberal dan kafirun agak mencemaskan juga. Ulat2 pan juga mengecut kerana tujuan penubuhan lebih kepada untuk menghina dan memfitnah pas. Ada janji Allah.

Anonymous said...

Parti liberal Mata satu Dan parti pandap akan pupus Dan parti rasis kafir harbi DA-Pigs akan kalah teruk dalam PRU15 kerana majoriti rakyat marah kerana Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

Anonymous said...

Ramai bakat2 sama ada ulamak atau profesional dalam PAS, Takiyuddin unpamanya WAJIB diberi peluang.

Jangan sia2kan bakat2 ini!

Anonymous said...

Bahayanya bang non kerana menarah iman dan luka itu disapu dengan liberal. Bahayanya mike sabu kerana mencangkul iman dan lubang itu ditutup dengan syiah. Peranan jakim dan mufti perbaiki dan hapuskan dua aliran yg salah secara hikmah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails