Sunday, March 08, 2020

Jawapan Kepada Tuduhan Tidak Berakhlak Patriot..


Tuduh Presiden PAS bodoh, Patriot biadab
SAYA melihat Presiden Patriot Brig. Jen. ( B ) Dato’ Mohamed Arshad Raji begitu marah dengan Presiden PAS sehingga bertindak dengan cara yang hanya mendedahkan tahap pemikiran dan status emosi beliau.

Ia berhubung respon kepada pandangan Presiden PAS terhadap undi tidak percaya di Parlimen, sehingga beliau di dalam kenyataan media telah menghamburkan tuduhan yang tidak berakhlak.

Beliau menuduh Presiden PAS sama ada bodoh (simpleton), jahil terhadap sistem Raja Berlembagaan atau tidak berprinsip (unprincipled). Presiden PAS juga telah dilabel sebagai tidak layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cercaan ini satu tindakan biadap dari seorang bekas pegawai tinggi tentera yang saya yakin telah dilatih untuk berdisiplin dan bertata susila tetapi saya lihat beliau telah lupa kepada nilai-nilai tersebut.
Sebenarnya saya hairan kenapa Presiden Patriot itu begitu marah. Sebelum ini saya pernah mempertikaikan kenapa beliau menggunakan istilah ‘kerajaan pintu belakang’ kerana selalunya orang politik atau mereka yang memihak kepada parti politik tertentu sahaja yang akan menggunakan istilah tersebut.

Tidak wajar Patriot terlibat dengan politik dan mesti bersikap berkecuali jika seperti matlamat mereka mahu menyatukan Malaysia dalam harmoni (unite Malaysians in harmony).

Patriot juga telah menyatakan matlamat mereka adalah non confrontational (tidak berkonfrontasi) tetapi dengan serangan mereka terhadap Presiden PAS mereka mengundang konfrontasi dengan seluruh ahli PAS.

Dengan kenyataan media yang terkini, saya berharap Presiden Patriot dapat menjelaskan matlamat sebenar persatuan itu.

Saya menuntut penjelasan kecenderungan politik Patriot. Pada pandangan saya, Presiden Patriot begitu terkesan dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Tidak ada masalah sekiranya Patriot mahu menjadi sebuah organisasi politik tetapi sila jelaskan kepada rakyat. Kita tidak mahu rakyat terus memandang Patriot sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali seolah-olah mewakili veteran-veteran tentera dan polis.

Walau bagaimanapun saya yakin pandangan Presiden Patriot terhadap Presiden PAS bukan pandangan veteran-veteran tentera atau polis di Malaysia.

Dato’ Iskandar Abdul Samad
Bendahari
PAS Pusat
7 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 7/8/2020

14 comments:

Anonymous said...

#kitabaikramaisayang# patriot ni dulu masa tubuh tuntut mcm2 untuk vetren atm tapi bila ph menang apa pun tarak. Jen patriot ni ada apa2 dng ph ni mujurlah tak terpengaruh dng patriot dan ramai ahli dah bakar kat ahli sebab dah dijadikan bahan kempen politik kami vetren atm bukan ahli mana2 parti tapi dng sikap jen ni macam ni membuatkan kami ni vetren atm jadi mcm bahan politik. Mana tuntutan masa nak pujuk vetren atm untuk jadi ahli patriot ????

Puaka Rimba said...

Lobai jangan tunjuk naif sangat. Yg jadi perdebatan adalah bila chief lobai berkata-kata bahawa usul undi tidak percaya adalah seperti menderhakai perintah YAM Dipertuan Agung.. Ayuh ..tolak LGBT...(Lobai Gelojoh Banyak Temberang). Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Setuju dengan lobai. Tak setuju dengan pakatan hancing, penggiat lgbt.

Anonymous said...

Blh percaya ke lobai2 pas dgn pengikut membuta tuli pikir dgn palo lutut?

Anonymous said...

Memang derhaka YDA. Sebab yg pilih tu ialah YDA. Setelah temuduga sorang2, YDA buat keputusan. Sapa yg naif???

Anonymous said...

Yg ikut lubang jamban, bijak sangat ker???

Anonymous said...

Simple matematik. Antara lobai dengan bekas banduan, nak pilih sapa????

Anonymous said...

Nelayan..

Anonymous said...

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun.
Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.
Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke??
kalaumampuih panggil lah gian eng solat..
hii jijik dan kesiannya.
hi hi hi

Anonymous said...

Aku benci segelintir bekas pegawai tentera yang menjadi barua ternakan Pee H pimpinan parti kafir harbi DA-Pigs yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan dan U-turn.

Dan Aku sangat benci bekas pegawai tentera yang telah menghina ulama Islam sedangkan ulama Islam adalah Pewaris Nabi.

Sepatutnya bekas pegawai tentera bersikap gentlemen bukan sebagai anjing ternakan Pee H atau DA-Pigs yang menyalak bukit.

Ex-2nd Lt.

Anonymous said...

Ketika cina dap kata tentera makan gaji buta,,patriot p mana? Bersembunyi dlm lubang buntot abg non ke..?? Hi hi,,buat malu atm saja hang ni...

Puaka Rimba said...

Zoologis

Anonymous said...

Ex-2nd Lt....tapi cakap berdekah2...
Jom tuan jadi nelayan...tapi kembong murah la ni...

Anonymous said...

Membeli belah Di bandar santubong,

HARGA barang murah belaka,

Bekas jeneral berlagak sombong,

Kerana lupa siksaan neraka.

Ikan kembong mahal bukan murah dalam pasaran. Masalah orang tengah menjadi lintah darat. Nelayan atau keluarga perlu menjual ikan terus kepada pelanggan pada HARGA yang berpatutan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails