Wednesday, March 04, 2020

Hutang Zaman BN RM687B. Zaman PH RM900B Derma Tabung Harapan Lesap?


Dominasi DAP letak negara dalam kedudukan terancam


KUALA LUMPUR: Negara telah berada dalam kedudukan tergugat dan terancam termasuk ke atas agama Islam sepanjang pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sungguhpun tidak mengangkat senjata, tetapi telah dibawa masuk gerakan dan ideologi Evangelis, Millenium Sosialisme dan Komunisme.
Jelasnya, menerusi pengaruh itu pemikiran untuk memansuh dan menghapuskan sistem beraja dilakukan dengan mengambil pendekatan seperti di China dan Russia yang pernah melakukan perkara sama dahulu.
Menurut beliau, mereka mahu mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara republik yang tiada Raja, tetapi segala telah dimanifestokan pula dimungkiri dengan alasan negara mempunyai banyak hutang lama.
Sedangkan bidas Dr Zuhdi, terdapat janji Manifesto PH yang tidak memerlukan wang untuk dilaksanakan antaranya melibatkan lantikan daripada kalangan ahli politik ke jawatan GLC, agensi atau institusi kerajaan.
Tetapi sebaliknya ujar beliau, lantikan politik diletakkan di posisi penting tertentu seperti NIOSH, SPR, GLC, termasuk gagal mengadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam isu-isu dituduh PH sendiri.
Malah negara katanya, berdepan penjualan aset dan khazanah secara besar-besaran yang kononnya untuk membayar hutang pemerintahan BN, tetapi hakikatnya hutang negara kian bertambah bawah PH.
“Bukan sikit-sikit, tambah banyak. Zaman BN, (hutang) RM687 billion. Itu pun hutang dalam negara. Hutang kepada KWSP. Sekarang (bawah PH) sudah hampir RM900 bilion hutang negara, hutang daripada luar.
“Dia kutip (derma) Tabung Harapan, entah ke mana entah (pergi duit tersebut)?” persoalnya ketika menyampaikan pidato pada Ceramah Muafakat Nasional di Markas PAS Pekan Sanglang, Pontian kelmarin dahulu.
Dr Zuhdi turut mengheret ingatan hadirin terhadap isu ICERD, Statut Rom dan UEC yang pernah cuba dibawa, selain kecenderungan ketara pemimpin DAP kepada kumpulan pengganas LTTE.
Perinci beliau, isu LTTE telah melalui penyiasatan melibatkan fakta-fakta, bukti dan transaksi yang diketuai Penguasa Polis, Dato’ Ayob Khan dari Seksyen Anti-Teroris PDRM, tetapi dilepaskan suspek oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat ini juga menyatakan iltizamnya untuk mengkaji dan mendedahkan isu dadah, ekonomi gelap, pelacuran, perjudian, wang perlindungan dan kongsi gelap yang memberi dana kepada parti politik terbabit. – HARAKAHDAILY 3/3/2020

Hibur Hibur Sikit

gali lobang tutup lobang wahyu irama

Rizky Ridho Nyanyi Gali Lobang Tutup Lobang LIVE solo

2 comments:

Anonymous said...

Maafkan puaka kerana kurang mendapat didikan agama. Semoga dia akan jadi seperti omar bukan seperti abu jahal.

Anonymous said...

Hutang BN dibuat bagi tempoh 60++ tahun memerintah, hutang mencanak skyrocket DAP/P Hancing dibuat hanya dalam tempoh 21 bulan memerintah. Sangat tidak masuk akal? ADAKAH HUTANG2 DAP/P HANCING INI TELAH PUN DIAGIH2KAN KEPADA TAUKEH2 DAN KRONI2.

Minta pihak berkuasa dapat menyiasat dengan teliti!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails