Monday, March 02, 2020

"..dah biasa susah, dia tak kisah susah.. perjuangkan nasib hidup orang susah.." -Abd Muein (UKM)


Terima kasih Tuan Guru, Daulat Tuanku!
ORANG yang dah biasa susah, dia tak kisah susah. Apatah lagi jika ditakdirkan Allah untuk memperjuangkan nasib hidup orang susah yang lain, dia mestilah akan buat bersungguh-sungguh. 
Bukan demi jawatan, bukan demi harta. Itulah yang dibuktikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang di sepanjang krisis politik baru-baru ini. Di tengah-tengah kekalutan krisis politik negara, beliau tidak meminta-minta jawatan, mencalonkan diri sendiri pun jauh sekali. Bahkan di kubu kuat beliau sendiri di Terengganu pun tidak dilobi untuk menjadi Menteri Besar. 
Orang susah sama ada warga nelayan, petani, dan usahawan kecil pasti tidak lupa bagaimana Tuan Guru Abdul Hadi Awang tegas mempertahankan nasib mereka di Parlimen. Hanya satu beliau minta, iaitu supaya kerajaan baru yang dibentuk ialah kerajaan yang tidak meminggirkan nasib orang susah, tidak memotong peruntukan-peruntukan nelayan dan petani, tidak hanya mementingkan golongan elit korporat, tidak mempertaruhkan kepentingan institusi Melayu, Islam dan Bumiputera, dan yang paling utama, kerajaan itu mestilah kerajaan yang tidak menderhaka kepada Raja-raja Melayu!
Terima kasih Tuanku Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah (Pembela agama yang dipilih Allah). Keprihatinan Tuanku dengan suara kesusahan rakyat tuanku serta kecekapan tuanku memperkenan pembentukan kerajaan baru sesungguhnya telah menamatkan krisis politik yang menghimpit kehidupan seluruh rakyat jelata.
Terima kasih Tuan Guru,
Daulat Tuanku!
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 2/3/2020

3 comments:

Anonymous said...

Najib Razak has given the new Muhyiddin Yassin-led government a tip on how it can “bury” DAP.

In a Facebook post, the former prime minister said the new government only has to confirm the authenticity of leaked Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation papers into the RM6.3 billion Penang undersea tunnel project and an RM30 billion property development project.

The leaked documents published by Manchester-based blogger Raja Petra Kamarudin last year implicated DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is the former Penang chief minister, and several state executive councillors.

“From the time the papers were leaked until their government collapsed, PH has never once denied, inside or outside the Dewan Rakyat, that the investigation papers are authentic. Not once,” he said.

Anonymous said...

Ya!!!! Buka kes. 30 billion bukan sikit. Stop him from terrorising muslim's and bumiputera's . economy. Dapat kuasa untuk melumpuhkan ekonomi bangsa lain. Penjara jika ada bukti rasuah dan seleweng.

Anonymous said...

Terkini!!!!

Makluman semua!!!

Majlis angkat sesumpah Perdana Menteri Menunggu akan bakal diadakan di Bawah Pokok.

Sila hadir dibawah pokok bagi menyaksikan upacara gilang gemilang ini pada satu tarikh yang bakal ditetapkan.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails