Thursday, March 05, 2020

Bongkar Strategi Licik DAP Kekal Di P. Pinang.



DAP Boleh Di Tumbangkan Di Pulau Pinang, Tapi Bagaimana Caranya?


Cuma Perlukan 49,000 Pengundi Baru Melayu Untuk Tumbangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang 

Selagi kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak ditumbangkan, selagi itulah penindasan kepada orang Melayu tidak akan berhenti.
Boleh dikatakan anak muda Pulau Pinang telah putus harapan dan terus mempercayai bahawa DAP tidak akan kalah di Pulau Pinang.

Sebenarnya DAP boleh dikalahkan di Pulau Pinang sekiranya anak muda Melayu bersatu di Pulau Pinang.
Tidak perlu melakukan demonstrasi setiap hari cukup sekadar mendaftar menjadi pengundi di beberapa kawasan berikut yang akan disebut nanti.

Sebelum itu bagi memudahkan anak muda memahami strategi untuk mengalahkan DAP di Pulau Pinang dan sekaligus menghapuskan penindasan kerajaan Cina DAP terhadap orang Melayu, seharusnya anak muda mengetahui sedikit sebanyak latar belakang politik di Pulau Pinang.

Secara umumnya Ketua Menteri Pulau Pinang diketuai oleh Cina DAP sejak 2008.
Dari tarikh tersebut terdapat berpuluh buah kampung Melayu yang telah dihapuskan oleh Cina DAP bertujuan mengurangkan penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Sebenarnya banyak lagi penindasan DAP ke atas orang Melayu Pulau Pinang.
Tetapi kita fokus mencari jalan supaya DAP Pulau Pinang dapat ditumbangkan.
Anak muda Melayu di Pulau Pinang mesti bersatu supaya kita dapat menawan semula Pulau Mutiara daripada DAP. Tiada yang mustahil jika anak muda Melayu bersatu.

Secara umumnya Pulau Pinang mempunyai 40 DUN yang mana 18 DUN adalah majoriti Cina dan kawasan ini dimenangi oleh DAP.
Baki lagi 22 DUN, 3 dimenangi oleh UMNO dan PAS manakala terdapat 12 kawasan lagi sepatutnya dimenangi sama ada oleh UMNO atau PAS jika satu lawan satu dengan PH.

Manakala 7 kawasan lagi yang mempunyai majoriti Melayu 30% dan ke atas.
15 DUN yang boleh dimenangi oleh UMNO atau PAS tidak perlu sangat diberi perhatian oleh anak muda.

Anak muda Melayu Pulau Pinang atau anak muda Melayu dari Kedah yang bekerja di Pulau Pinang boleh memberi tumpuan dengan mendaftar jadi pengundi di 7 DUN tersebut:

Machang Bubuk (N14)



Bukit Tengah (N17)



Tanjung Bunga N(22)



Datok Keramat (N29)



Sungai Pinang (N30)



Batu Uban (N35)



Pantai Jerejak (N36)


Dalam infografik di atas, selain melihat peratus undi Melayu di setiap DUN, cuba perhatikan pertambahan peratusan pengundi Cina dan India, malah ada pula pertambahan pengundi lain-lain bangsa.

Ironinya, peratusan pengundi Melayu berkurangan sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang selepas PRU 12 pada tahun 2008.
Inilah strategi halus dan licik DAP dalam menguasai kerajaan Pulau Pinang.

Kampung Melayu dimusnahkan, orang Melayu dihalau keluar dari kampung halaman sendiri supaya peratusan pengundi Melayu menurun.
Kita perlu lakukan lebih dari demonstrasi, menyatakan kemarahan di sosial media untuk menawan kembali Pulau Pinang.

7 DUN tersebut jika anak muda Melayu berjaya mendaftarkan sebagai pengundi dengan mengajak sanak saudara, ipar duai, anak Pulau Pinang yang bekerja di Kuala Lumpur atau sebagainya dengan pertambahan seramai 7,000 pengundi baru di setiap 7 DUN tersebut maka Pulau Pinang pada PRU15 atau PRU16 akan diperintah oleh Melayu Islam iaitu UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional..

Jika anak muda Melayu merasa simpati terhadap orang Melayu yang ditindas oleh DAP di Pulau Pinang, maka bertindaklah dari sekarang.
Janganlah hanya menyuarakan rasa marah di dalam sosial media tetapi tiada tindakan dan getakan yang sistematik untuk membela nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Benar, hantaran di sosial media boleh menimbulkan kesedaran dan kemarahan rakyat serta memberi tekanan kepada DAP dari bertindak sewenang-wenangnya, tetapi ia tidak akan mengubah jumlah undi di peti undi ketika pilihanraya.

Anda umpama gajah yang diikat kaki padahal anda mampu memutuskan tali tersebut.
Disebabkan mental anda telah dimomokkan bahawa Pulau Pinang tidak boleh dikuasai oleh orang Melayu Islam maka anda terus mengalah.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat mewarisi darah pahlawan, pedagang dan pelaut yang hebat.
Andalah anak muda Melayu yang mewarisi darah tersebut.

Jika anda tidak bersatu dan tidak bertindak dari sekarang maka Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua sampai bila-bila.

Rujukan:
Fb Mohammad Apandi
https://undi.info/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada panduan dan saranan di atas, mulai sekarang parti-parti lawan DAP perlu atasi masalah ini..
  • "Cuma Perlukan 49,000 Pengundi Baru Melayu Untuk Tumbangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang"
  • "Tidak perlu melakukan demonstrasi setiap hari cukup sekadar mendaftar menjadi pengundi di beberapa kawasan.." seperti yang disebutkan.
Hal ini (daftar dan pindah pengundi) perlu jadi tumpuan sasaran dan dilakukan segera, kalau tidak mahu terjadi seperti orang Melayu/Islam di Singapura yang asalnya  majoriti kini sudah hampir hapus pupus.

Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

Kita support bangsa sendiri. Jangan bila tang bangsa sendiri semua tak betul. Ubah paradigma supaya positif terhadap bangsa sendiri. BMF keutamaan. Tak perlu jadi khadam kepada dap.

Anonymous said...

Jika orang melayu boleh disedikitkan di pulau pinang, maka tentu boleh dibanyakkan semula. Sampai bila redha diperkotak-katikkan oleh dap.

Anonymous said...

Ini zaman ketua menteri guan eng ketika itu. Masa tu sebuk mengurangkan bilangan orang melayu di pulau pinang. Lepas tu jadi menteri kewangan. Menjalankan agenda melumpuhkan ekonomi orang melayu terutama di kampong2 seluruh negara. Skopnya lebih luas. Skop kawasan lebih luas, skop ekonomi juga lebih luas. Termasuk harta zakat tabung haji. Agihan bantuan ke sekolah cina bertambah dan bantuan sekolah kebangsaan dikurangkan. Ada bonus untuk guru cina.

Anonymous said...

Politik guan eng dan dap tidak sesuai di malaysia. Politik mereka sesuai di tanah besar cina. Mengenepikan hak bumiputera di tanah airnya sendiri, adalah pencabulan. Euc sesuai di negara cina, tidak di malaysia. Mencabul tanah kampung orang melayu adalah proses penjajahan baru, bukan etika yg suci. Rasa tidak puas hati dan rasa dirompak dan dirampas, adalah luka dalaman yg boleh mencetus ledakan gunung berapi yg terpendam lama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails