Monday, March 02, 2020

Ada ‘member’ Kabinet, Rapatkan K'jaan Negeri Dan Pusat. -Datuk Ahmad Yakob.


Ahmad turut meluahkan harapan semoga pentadbiran negara selepas ini menjadi lebih baik dengan keutamaan diberikan untuk kebajikan rakyat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
PAS bersyukur ada 'member' dalam Kabinet


TUMPAT: “Kita bersyukur, sekurang-kurangnya ada ‘member’ Kabinet kita dapat merapatkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Demikian reaksi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berhubung penyertaan partinya dalam kerajaan berikutan perkembangan terbaharu politik negara dan pemilihan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri kelapan.
Ahmad turut meluahkan harapan semoga pentadbiran negara selepas ini menjadi lebih baik dengan keutamaan diberikan untuk kebajikan rakyat.
“Selepas ini Insya-Allah pentadbiran dapat wujud dengan lebih baik.
“Kita akan berusaha untuk mendapat sebanyak mungkin kebajikan dan kebaikan untuk rakyat negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad ditemui di konsert amal bersama selebriti bagi mengumpul dana pembinaan bangunan PASTI Ar-Rahmah, Palekbang di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Bustanus Saadah, Morak, di sini.
Dalam perkembangan sama, Ahmad meluahkan rasa lega kerana kemelut politik yang berlaku beberapa hari lalu dianggap berakhir dengan perlantikan Muhyiddin yang disifatkan langkah yang cermat oleh pihak istana.
Beliau berkata pengalaman Muhyiddin dalam bidang politik selama ini sangat meyakinkan beliau berupaya mentadbir negara.
“Bagi saya ini era baharu, suasana baharu (dengan) keupayaan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Pengalaman (beliau) pernah jadi Menteri Besar, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, orang biasa dan sekarang berada dalam satu parti baharu, saya rasa daripada pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling hari ini, kita yakin dia berupaya untuk merancang strategi bagi memulihkan persoalan perkara berbangkit selama 22 bulan (Pakatan Harapan memerintah),” katanya. (BH)

Video: PAS bersyukur ada 'member' dalam Kabinet

3 comments:

Anonymous said...

jajaran ECRL hendaklah dibuat selerti pelan asal... matikan pelabuhan Singapore

Anonymous said...

Tuntuk royalti untuk kelantan.

Anonymous said...

Tumpukan ekonomi negara dan rakyat, bukan poket wakil rakyat. Jangan ulangi sejarah lampau bermula zaman mahathir ke 4. Wawasan 2020 yg gagal. Tuan punya wawasan pun sedar akan kegagalan. Perlumbaan rebut kuasa antara mahathir dan anuar bukti rakyat dan sultan ada keutamaan yg teratas menolak rakus kuasa. Politik fitnah anjuran ph satu pencerobohan dan perogolan fitrah politik.

Politik sebagai wasilah yg tidak memencilkan iman dan amal. Penantian yg muncul dan diharap jadi kenyataan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails