Thursday, December 06, 2018

SIS Saman MAIS, M/Tinggi Dengar Semula. Rasuah LGE Boleh Tarik Balik?




KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Sisters In Islam (SIS).
Penetapan tarikh itu dibuat berhubung permohonan SIS sebelum ini yang mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Peguam Majdah Muda yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberitahu pemberita bahawa, Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Farhan Haziq Mohamed yang bertindak bagi pihak SIS, pada pengurusan kes berkenaan, hari ini.
Majdah berkata, mahkamah akan mendengar merit dan isu sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berkaitan dengan fatwa.
Pada 25 September lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan permohonan semakan kehakiman berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Semua pihak terlibat juga berbincang dan menandatangani perintah persetujuan bagi kes itu dan panel berkenaan kemudiannya membatalkan rayuan MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarkan permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Hakim Malanjum yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu berkata, kesemua pihak terlibat boleh mengemukakan hujahan berhubung isu bidang kuasa di Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng.
Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.
Pada 31 Oktober 2014, SIS, melalui Zainah dan Zaid memohon untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Turut dimohon perisytiharan mahkamah bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah akibatnya bila memilih PH tadbir Malaysia? SIS saman MAIS, Mahkamah Tinggi dengar semula, kes rasuah L/Guan Eng boleh tarik balik..

1 comment:

Anonymous said...

Inilah akibatnya bila KHN tak guna dan DAJAL ni dr. BUKAN ISLAM - yg. begitu KURANG AJAQ, dan lansung TAK tau mengHORMATI Undg2 Perlembagaan 3(1) ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN serta KUASA dan HAK DYMM YDPA dan KESULTANAN MELAYU kita! Patutnya ini berkaitan dgn. UNDG2 dan MAHKAMAH SYARIAH!! Apa kejadahnya KHN bangsat ni nak MASUK CAMPUR pula?!

Itulah, manalah Keberanian DYMM YDPA sbg. PENJAGA Agama Islam dan Ketua Utama Negara mengikut Undg2 Perlembagaan - utk. memPERTAHANkan ISLAM/umatnya, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN kita?!!

Tok Terkedu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails