Wednesday, December 05, 2018

Rogol Nenek Di Kebun, Ke Arah Rogol Jadi Biasa.. Tapi Bukan Gambar Ini.


Nenek pun kena rogol.. Tapi ini lain perogolnya adalah lembu.. Ai, lembu jantan tak boleh tengok wanita pakai baju merah ke, nafsunya bergejolak?

AGRA: Seorang warga emas didakwa menjadi mangsa rogol di sebuah perkampungan di Adda, Mathura, Agra. 

Menurut polis, ketika kejadian warga emas berusia 65 tahun itu tinggal seorang diri di rumahnya dan keluar ke kebun sebelum didakwa dirogol suspek. 

Perkara itu disedari penduduk kampung apabila menemui wanita malang itu tidak sedarkan diri berhampiran kebunnya. Penduduk kampung kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang tinggal di daerah lain. 

Suspek dipercayai dikenali sebagai Rinka dan merupakan penduduk dari kampung yang sama. Kebun mangsa dikatakan bersebelahan dengan kebun suspek dan lelaki itu dipercayai melarikan diri. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jenayah ragol ke arah menjadi biasa apabila perundangannya tidak diperketat dan di'memperdidik'kan. Contohnya, lihat berita ini...
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.


Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu. (FMT April 20, 2016)

Jadi, sistem perundangan Islam Hudud adalah solusi terbaik kepada ketamadunan dunia.


Lihat Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails