Program dimulakan dengan solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Mokhtar Senik diikuti solat hajat dan Isyak.
Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah yang juga pengerusi program iaitu Andansura Rabu dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin sebagai tuan rumah.
Antara tokoh yang menyampaikan ceramah ialah,Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Ketua Muslimat Pas negeri, Salamiah Mohd. Nor; Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Shahar Abdullah dan Timbalan Pengerusi Ummah Malaysia, Kamaruzzaman Mohamad
Majlis yang berakhir pada pukul 11.15 malam itu berlangsung dengan suasana aman. - UTUSAN ONLINE