Himpunan hak asasi manusia itu dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan tema "Stand Up 4 Human Rights" (Berjuang untuk hak asasi)  yang diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang jatuh pada hari Isnin depan.
Memetik laporan The Star, perhimpunan yang pertama kali diadakan oleh Suhakan itu akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 3 petang di Padang Timur, Petaling Jaya.
Dr. Mahathir dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar yang turut hadir dijadual berucap pada perhimpunan tersebut.
Perhimpunan #DaulatHimpunan 812 yang menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan disertai pemimpin dan penyokong parti Pas dan UMNO.
Perhimpunan yang akan diadakan di ibu negara itu terletak kira-kira 10 kilometer dari Petaling Jaya dan berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.-UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak lawan Himpunan Bantah ICERD 8/12?