Friday, March 09, 2018

SSP3 Pecah, Gangguan B/Air S'gor Lebih Lama? Mana Pelan Cemas?


Sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3, Ijok, Selangor yang pecah menyebabkan beberapa kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan SPLASH cedera. - Foto ihsan Facebook Air Selangor


SEMENYIH: Kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR digesa menjelaskan kepada rakyat apakah pelan kecemasan untuk membekalkan air kepada lebih 2 juta pengguna yang kini terjejas berikutan insiden sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang pecah, semalam.
Ini kerana kejadian itu mungkin menyebabkan gangguan bekalan air akan lebih lama sekali gus menyukarkan penduduk.
Setiausaha Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu, berkata sehingga ini Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai insiden itu.
"Sampai bilakah gangguan bekalan air itu akan berterusan dan apakah pelan kecemasan Kerajaan Negeri untuk membekalkan air kepada lebih 2 juta pengguna yang terjejas?," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
 Pekerja melakukan kerja-kerja penyelengaraan selepas sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air SSP 3, Ijok. - Foto Muhammad Sulaiman  
Katanya, GPS juga menuntut kerajaan negeri menjalankan siasatan segera berhubung insiden sistem mampatan udara yang pecah itu terutama membabitkan audit prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.
"Lebih penting, apakah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan di loji itu mematuhi SOP atau kemungkinan SOP yang lapuk (outdated)?," katanya.
Dalam insiden jam 5 petang kelmarin itu, lima kakitangan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) cedera termasuk seorang parah.
Katanya, siasatan perlu dijalankan terhadap insiden itu yang mengakibatkan kecederaan bagi mengenal pasti punca kejadian selain mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Pada masa sama, Hamdan mendakwa, pengguna banyak kali menghubungi pusat panggilan Syarikat Air Selangor (SYABAS) untuk membuat aduan berkaitan gangguan bekalan air namun sukar mendapat jawapan.
"Selain itu, masalah tekanan air rendah di kawasan Semenyih menyukarkan penduduk di kawasan ini terutama surirumah untuk melakukan kerja harian mereka.
"Air dibekalkan juga keruh, tidak bersih dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk," katanya.
Beliau berkata, GPS sebelum ini mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar segera menubuhkan Jawatankuasa Audit Operasi yang dianggotai oleh pakar daripada pelbagai bidang. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sama saja DAP/PKR dari sudut khidmat kebajikan untuk rakyat, cakap tak serupa bikin!
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


2 comments:

Anonymous said...

Katalan Todal pada PKR.dan DAP.

Mama Azmin. Mana Hannah Yeow

Say Last For PakaTun

Anonymous said...

Katakan Tidak pada PKR.dan DAP.

Mama Azmin. Mana Hannah Yeow

Say Last For PakaTun

Reply

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails