Thursday, March 08, 2018

Sri Lanka: Serangan Terhadap U/Islam Terus Meningkat.


Kerajaan Maithripala Sirisena kerah lebih ramai tentera ke Kandy


COLOMBO, 20 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Kerajaan Sri Lanka menambah jumlah anggota polis dan tentera di daerah Kandy, dalam usaha mengekang keganasan terhadap penduduk minoriti muslim, sementara negara asing mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya menjauhi tempat tumpuan awam di negara itu.
Walaupun, kerajaan mengisytiharkan darurat di daerah itu, ekstremis Buddha tidak mempedulikannya, malah terus menyerang premis perniagaan milik umat Islam dan masjid.
Kelmarin, seorang pemuda Buddha terbunuh dalam pergaduhan dengan umat Islam, sementara seorang pemuda muslim pula ditemui maut dalam kedainya yang dibakar.
Keganasan terbaharu antara etnik majoriti Sinhalee yang beragama Buddha dengan komuniti Islam, meletus di beberapa kawasan, sementara rumah dan premis perniagaan dibakar.
Semalam, satu laporan menyebut bahawa seorang lelaki Sinhalee terbunuh apabila bom tangan yang dibawanya meletup di Kandy.
Cuti anggota polis negara itu juga dibekukan, manakala ribuan anggota tentera ditempatkan di beberapa kawasan strategik, termasuk di tanah tinggi, kata jurucakap kerajaan, Rajitha Senarathane.
AFP melaporkan, Presiden Maithripala Sirisena yang melawat Kandy telah mengarahkan tindakan penguatkuasaan sepenuhnya bagi menentang pengacau.
Ketegangan antara dua pihak itu tercetus sejak 2012 setelah digerakkan oleh kumpulan ekstremis Buddha.
Perisytiharan darurat itu adalah kali pertama dalam tempih tujuh tahun, selepas hampir tiga dekad kerajaan Sri Lanka memerangi kumpulan militan Tamil yang berakhir pada 2009. – Agensi
Ibnu Hasyim semasa bergambar di ladang teh Sri Lanka beberapa tahun lalu..

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails