Friday, March 09, 2018

Khalwat: Zalimkah Hukum Begini Dilaksanakan Orang Kampung Aceh?

Hasil carian imej untuk Video: Disimbah Air Longkang Lepas Kantoi Khalwat


SEPASANG kekasih di Aceh, Indonesia bukan sahaja kantoi ditangkap khalwat, malah turut diaibkan oleh penduduk setempat dengan cara yang begitu memalukan.

Insiden mengejutkan itu dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di daerah Ingin Jaya, Aceh Besar, pada Isnin lalu.
Menurut sumber, kedua-duanya remaja berusia sekitar 20-an itu dikatakan sering berdua-dua di sebuah rumah sehinggalah perbuatan mereka akhirnya dihidu dan ditangkap penduduk kampung.
Menerusi rakaman video yang kini giat diperkongsikan netizen, kedua-duanya dilihat tertunduk malu dan hanya menjawab pertanyaan ketika disoal oleh beberapa individu.

Sambil disaksikan oleh orang ramai, pasangan itu kemudiannya diminta untuk bertaubat atau insaf selepas mengakui kesalahan perbuatan mereka.
Namun tidak semena-mena, pasangan itu menerima satu ‘kejutan’ tidak disangka apabila secara tiba-tiba mereka disimbah dengan air longkang berwarna hitam oleh seorang lelaki.
Air kotoran yang berbau itu dilihat begitu pekat sehingga mengakibatkan pakaian mereka turut berubah kehitaman.
Selepas ‘dimandikan’, pemuda itu kemudian diminta untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menamatkan perbuatan maksiat mereka.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut dikahwinkan atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Hasil carian imej untuk Video: Disimbah Air Longkang Lepas Kantoi Khalwat
Hasil carian imej untuk Video: Disimbah Air Longkang Lepas Kantoi Khalwat
Zalimkah hukuman dan pengajaran yang diberikan oleh penduduk kampung itu kepada pesalah begitu? Bandingkan dengan di Malaysia. Yang penting negeri mereka mahu Islam, rakyat dan orang kampung pun dihukum mahu Islam.
Di Malaysia, kalau mahu perundangan Islam yang lengkap, sila pilih parti Islam atau PAS. Undilah PAS dalam PRU akan datang. 
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
(IH)

18 comments:

Anonymous said...

Bagi golongan Liberal Sekular yg memenuhi Pakatan Harapan, adalah Hukum Islam adalah kejam tetapi tidak kejam menghina Islam tanpa batas. Terima Kasih Al Fadhil Ustaz Ridhuan Tee kerana membuat pendedahan

Buktinya dibawah

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Bukti ke Dua Sikap Pakatan Harapan yg Membenci Syiar Islam

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Bukti Ke Tiga DAP Anti Islam

http://utaranews.com/2017/03/dap-sengaja-mahu-bangkitkan-kemarahan-umat-islam.html/

DAP sengaja mahu bangkitkan kemarahan umat Islam.

KUALA LUMPUR – Pas Selangor hari ini menuduh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen cuba membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menyatakan kemasukan guru-guru agama ke negeri itu akan mengganggu gugat keharmonian antara kaum di Sarawak.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman menuduh DAP sebagai anti Islam kerana menolak guru pendidikan agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di Sarawak.

Justeru, katanya tidak mustahil sikap anti Islam DAP akan diperluaskan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

“Ini memberi gambaran sikap sebenar DAP dan sekutunya apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus. Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tiong Hua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini.

“Kita mintak DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Chieng Jen dalam satu ucapan di dalam Dewan Rakyat berkata dengan membawa masuk guru agama ‘import’ yang ‘sempit’ pemikiran dari Semenanjung, ia akan hanya mengganggu keharmonian antara kaum di Sarawak.

DAP katanya dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu agama Islam sedang mereka sedar agama Islam adalah agama Persekutuan./mg

Anonymous said...

DAP Menghina Islam Lagi dan Lagi

https://aidcnews.wordpress.com/2017/10/17/dap-keterlaluan-hina-islam-label-pembantah-pesta-arak-sebagai-taliban/

DAP Keterlaluan Hina Islam, Label Pembantah Pesta Arak Sebagai Taliban

1. DAP menyerlahkan sikap kurang ajar, angkuh, biadab dan celupar apabila terus menyindir serta memperlekehkan Islam dengan ungkapan yang mengejek dan menghina. Malah sangat keterlaluan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengungkapkan bantahan ke atas pesta arak dengan label ‘pelampau’ Taliban.

2. Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sewajarnya memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu. Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan.

3. Besar kepala yang ditunjukkan DAP itu semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”. Keberanian DAP berperangai jelek demikian membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti serta sempadan yang tidak sewajarnya disentuh.

4. Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam, kerana sebaliknya pemimpin DAP spontan telah campur tangan dalam banyak hal berkaitan. Kami percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam.

5. Kedekatan yang cuba ditunjuk DAP kononnya bersama Islam, hanyalah bermotif dan beragenda serta memperkakas dan memperalas untuk tujuan politik semata-mata. Walhal, DAP berterusan menginjak maruah Islam, ajaran dan umatnya bukan lagi secara tertutup atau berselindung disebalik pihak tertentu, malah juga terang-terangan.

6. Provokatif dan penghinaan seperti ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Sehubungan itu kami menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu ini, seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi.

7. Kami juga berharap pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat meneliti semula kedudukan DAP memandangkan parti itu mengesampingkan beberapa teras utama dari Perlembagaan Negara. Malah, terbukti DAP telah banyak kali menyuarakan hasrat dan cita-citanya atas Malaysia yang bersifat menyangkal asas Perlembagaan.

Sejahtera Bersama Islam

Anonymous said...

Dibawah Pakatan bukan dapat Berkat, Tetapi dibenarkan Murtad

https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pakatan-harapan-mahu-perjuangkan-murtad/

Pakatan Harapan Mahu Perjuangkan Murtad?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan diminta mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak berhubung murtad dalam kalangan umat Islam baru-baru ini menyamai pendirian dan dasar Pakatan Harapan di peringkat Pusat.
Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Pakatan Harapan Sarawak mengeluarkan kenyataan media yang mendesak kebebasan untuk umat Islam murtad di negeri itu.

“Kenyataan media itu ditandatangani Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak, Fidzuan Zaidi.

“Kenyataan media ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan” selain mendesak kerajaan Sarawak “mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan”,” katanya di Facebook hari ini.

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dilantik memegang jawatan itu sejak beberapa bulan lalu dibarisi oleh parti pembangkang DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan PAN.

Kamarul menjelaskan, umum mengetahui mereka yang paling aktif memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam murtad di Malaysia selama ini adalah pemimpin parti politik seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain pertubuhan sivil seperti SIS, G25 dan IRF.

Sebagai contoh, kata bellau. peguam Aston Paiva yang berada dalam salah sebuah pertubuhan tersebut menggesa supaya diwujudkan prosedur pentadbiran mengenai kemurtadan di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan sesuatu yang pelik kerana Aston Paiva bukan Islam, tetapi adalah pelik muslim seperti Pengerusi PAN Sarawak, Fidzuan Zaidi membuat gesaan serupa sekali gus menimbulkan persepsi PAN dipergunakan bukan Islam untuk kepentingan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...


BUKTI DAP MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM:

DAP HINA AZAN DAN BANTAH PEMBINAAN MASJID OLEH Jimmy Wong


https://www.youtube.com/watch?v=9dXsU__PtxQ

Malangnya pemimpin-pemimpin parti sekular liberal seperti Mike Selfie Dada Amoi, Kak Jah Liberal dan MahaFiraun yang mendakwa diri mereka beragama Islam membela dan menyokong pemimpin-pemimpin DAP.

Sesungguhnya puak munafik ini adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan api dalam sekam yang sedang berusaha untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan hak umat Islam dari dalam.

Umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 dan mereka akan memulau dan menolak Pakatan Khadam pimpinan parti kafir harbi.

KESIMPULAN

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela ajaran Islam dan hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh musuh-musuh Islam.

Allah dan RasulNya telah mengharamkan umat Islam dari menyokong dan mengundi puak munafik sekular liberal dan puak kafir menjadi pemimpin:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" An-Nisaa' : 144.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." Al-Maa-idah : 57.

Anonymous said...

http://www.bicara.news/pakatan-pembangkang-desak-permudahkan-proses-murtad/

Pakatan Pembangkang Desak Permudahkan Proses Murtad?

MEMANG kurang ajar dan biadap. Perbuatan mereka bukan sahaja dilihat sebagai menghina agama Islam malah ianya bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Pakatan pembangkang diketuai DAP dilaporkan telah mendesak dan menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk meminda undang-undang negeri bagi memastikan terdapat garis panduan yang jelas untuk mereka yang ingin murtad daripada Islam.

Menurut sumber, Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Fidzuan Zaidi mendakwa, prosedur operasi standard (SOP) perlu jelas supaya golongan murtad boleh mendapatkan ‘Surat Murtad’ bagi membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai bukan lagi seorang Muslim.

“SOP itu sangat diperlukan jadi mereka yang ingin keluar daripada agama Islam jelas apa yang perlu dilakukan.”

Kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian yang mewakili mereka yang ingin murtad dalam kes baru-baru ini.

Dakwa Fidzuan lagi, Pakatan mahukan prosedur menghendaki sesiapa yang mahu meninggalkan Islam untuk menyediakan dokumentasi bagi membuktikan mereka sudah tidak lagi mengamalkan Islam dan berniat keluar agama.

Selain itu, garis panduan yang jelas untuk peguam perlu diwujudkan bagi membenarkan mereka hadir di Mahkamah Syariah.

“Langkah ini kerana bahawa banyak peguam Syariah akan enggan mengambil kes-kes murtad kerana takut dijenamakan sebagai memurtadkan Me­layu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebook Chieng Jen.

Mahkamah Persekutuan Sarawak sebelum ini telah sebulat suara menolak permohonan tiga orang mualaf dan seorang yang dilahirkan Muslim untuk murtad dan menyatakan bahawa bidang kuasa perkara tersebut terletak di bawah kuasa Mahkamah Syariah Sarawak.

Pakatan pembangkang diketuai DAP ini jelas cuba mencabar perlembagaan negara. Kebebasan beragama merupakan hak yang dijamin bagi semua orang, sama ada warganegara atau pun tidak, di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama. Perkara 11 boleh dikaitkan dengan Perkara 3 kerana Perkara 11 jelas memberi keistimewaan kepada orang-orang Islam. Ini jelas kelihatan dalam fasal 4 yang melarang penyebaran agama-agama selain Islam kepada orang Islam.

Perkara 11(4) kelihatan agak tidak adil. Namun, penganut agama bukan Islam yang mengetahui bahawa murtad atau perbuatan keluar daripada agama Islam itu suatu kesalahan akan memahami mengapa peruntukan sebegitu diperlukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang mana-mana negara digubal berlandaskan realiti semasa dan sejarah negara tersebut.

Dalam konteks Malaysia, sejarah pelaksanaan perundangan Islam dan faktor majoriti penduduk yang beragama Islam tanpa mengira bangsa perlu diiktiraf dan diambil kira dalam merangka perlembagaan.

Perjuangan pakatan dalam isu murtad sekadar mempamerkan kepada rakyat betapa bongkak, angkuh, sombong dan beraninya mereka menentang Perlembagaan Negara. Mereka tidak peduli mengenai betul, salah, halal, haram dan sebagainya selagi matlamat jahat mereka tercapai. Negara kita mempunyai undang-undang yang dapat menjaga keharmonian semua kaum tetapi pakatan pembangkang cuba menganggu gugat perkara ini.

Anonymous said...


'SUPERMAN' DAP DEDAH STRATEGI KOTOR DAP GUNA MELAYU SCREW MELAYU

Video panas Siapa Memperkudakan Siapa? Melayu 'Skrew' Melayu! jelas menunjukkan parti kafir harbi menggunakan Melayu untuk screw kaum Melayu. Sumber:

https://www.youtube.com/watch?v=ktI9XEWKMJ8

Video tersebut membuktikan parti kafir harbi menggunakan strategi kotor 'strategi pecah dan perintah" dengan memperalatkan Melayu untuk screw kaum Melayu Islam !

Siapakah pengkhianat-pengkhianat Melayu yang diperalatkan oleh parti kafir harbi untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam supaya parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi berkuasa di negara ini?

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika parti kafir harbi ini dan khadam-khadam sekular liberalnya memerintah negara ini.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...kenapa kedua pasangan itu dipermalukan sebegitu rupa? Walaubagaimanapun saya berharap pasangan ini insaf dan tidak mengulangi perbuatan mereka dan bernikah secepat mungkin dan semoga mereka dapat membina keluarga yang bahagia. saya bersetuju apabila pasangan ini diminta bertaubat tetapi saya lebih bersetuju apabila orang yang menyimbah air kotoran itu diminta bertaubat juga...perbuatan itu lagi zalim...saya berharap masyarakat muslim di acheh meminta nasihat ulama2 tersohor di negeri tersebut sebelum melakukan apa2 tindakan. Kadangkala KITA nampak sesuatu perkara itu seperti baik dimata namun KITA tidak tahu disisi Allah pula bagaimana samaada baik atau buruk.

Anonymous said...

PAKATAN HAMBA BRITISH PIMPINAN DA-PIG SABOTAJ BAHASA KEBANGSAAN DAN KAUM MELAYU ISLAM

Kita merasa amat dukacita melihat pemimpin-pemimpin Pakatan Hamba British pimpinan parti kafir harbi DA-Pig berusaha mengembalikan kita ke zaman penjajahan British apabila mereka cuba menipu rakyat supaya menyokong rancangan jahat mereka memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris dan mengetepikan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan).

Mereka tahu penguasaan orang Melayu Islam dalam Bahasa Inggeris adalah lemah. Jika Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan , mereka tahu ramai pelajar Melayu Islam akan gagal dalam perperiksaan SPM, matrikulasi dll. Ini bererti orang Melayu akan gagal memasuki fakulti perubatan , kejuruteraan dll. Maka bilangan professional Melayu Islam akan berkurangan.

Inilah strategi kotor Pakatan Hamba British pimpinan DA-Pig untuk sabotaj kaum Melayu Islam dan menghina ahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini membutkikan minda dan mentaliti Pakatan Hamba British pimpinan DA-Pig masih lagi dijajah oleh British walaupun negara kita telah merdeka 60 tahun.

Sejarah telah membuktikan bahawa:

(1) Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di Asia Tenggara.

(2) UKM yang menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menghasilkan professional dalam bidang perubatan , kejuruteraan dll yang hebat dan terkenal di negara kita.

Hampir semua negara maju tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana mereka mengutamakan Bahasa Kebangsaan mereka sendiri. Lihatlah negara Jerman, Perancis, Itali, Spanyol, Russia, Jepun, Korea, China dll adalah negara maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris.

Ini membuktikan Bahasa Inggeris bukanlah syarat untuk memajukan negara kita kerana negara lain pun boleh maju tanpa Bahasa Inggeris.

Anonymous said...

Seharusnya dibawa ke pihak berautoriti utk penentuan hukum.
Berhukum sendiri adalah kesalahan dan kezaliman.

Anonymous said...


JAWAPAN UNTUK ANON YANG BERTANYA DI ATAS:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.


An-Nisaa' 4: 105-107

Anonymous said...

Meroyan terus wahai puak-puak barua roket. Salak terus bukit takkan runtuh. Kesian waw waaaw..

Anonymous said...

Lokasi mesy terakhir malam tadi, Vistana Hotel, jalan pekeliling, KL

Anonymous said...

Siapa yang meroyan sekarang?

Anonymous said...



Jika munafik ternakan Pakatan Munafik pimpinan parti kafir harbi DA-Pig membawa berita kepada anda, tolaklah berita itu kerana berita munafik mempunyai gred tangki najis.

Kita masih ingat lagi berita kononnya 10 ADUN parti Islam telah menyertai parti PANIPU khadam DA-Pig yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin PANIPU seperti Sumbu Kuasa 10 Mimpi 15 Kali.

Akhirnya kita tahu berita PANIPU itu adalah fitnah semata-mata tetapi pemimpin-pemimpin PANIPU jenis muka tidak tahu malu !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails