Thursday, March 08, 2018

Presiden PAS Ulas PPSMI &SOP Murtad



BAHASA
Firman Allah Taala:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ


  • "Dan tidaklah Kami utuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaum dia untuk menerangkan kepada kaum itu akan ajaran Allah S.W.T.” (Ibrahim: 4)
Di sini menunjukkan betapa peranan bahasa dalam mendidik kaum. Sehingga Allah Taala mengutuskan Rasul dengan bahasa kaum yang pertama yang menerima Islam itu. Di sini menunjukkan bahawa untuk mengambil masa yang lebih cepat, supaya manusia tak makan umur dalam mempelajari apa-apa ilmu mestilah dengan bahasa ibunda.

Apa yang disebut oleh Quran ini menepati kajian yang dibuat oleh UNESCO (The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization). UNESCO ini ialah satu badan yang berkait dengan pendidikan dan kebudayaan di bawah Bangsa-bangsa Bersatu, menekankan bahawa pendidikan mestilah dengan bahasa ibunda masing-masing. Pendidikan dengan bahasa asing gagal. Bukan sahaja memakan masa yang lama, gagal.

Di sinilah kita melihat negara-negara besar dalam dunia tegas di atas bahasa masing-masing. Jepun dengan Bahasa Jepun. Jerman dengan Bahasa Jerman. China dengan Bahasa Cina. Kita dapati Jepun dengan Jerman yang kalah Perang Dunia Kedua, dengan kekalahan yang dahsyat, dia boleh pulih balik dengan memperkasakan rakyat melalui pendidikan pembelajaran dengan bahasa mereka sendiri.
Kita menyaksikan juga bagaimana China begitu juga menjadi salah satu kuasa besar hari ini. Kita menyaksikan bagaimana India, saya tak mahu hina India. India menggunakan bahasa Inggeris daripada pemimpin, Presiden sampai peminta sedekah boleh bercakap Inggeris di India.
Pencapaian kemajuan dia (India) tidak boleh menghambat kemajuan China, kemajuan Jepun dan kemajuan Jerman dalam memperkasakan bahasa mereka. Sepatutnya pengalaman kita telah mencapai kemerdekaan, bagaimana bahasa kebangsaan ....diperkasakan dalam tahun 60-an hingga tahun 70-an sehingga ditubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuh Universiti Kebangsaan untuk mengkebangsaankan pendidikan dengan bahasa kita.

Kita dapati banyaknya lepasan-lepasan universiti, khusus di kalangan orang Islam yang menjadi teras kepada kaum yang paling dominan di negara ini. Tiba-tiba kita undur ke belakang melalui Bahasa Inggeris.
Hasil carian imej untuk lee kuan you
Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura, saya pernah jumpa dia. Adapun tulisan dia mengatakan bahawa Singapura gagal dalam memperkasakan rakyat dia melalui budaya Barat, Lee Kuan Yew.
Dan saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum beliau meninggal dunia, Lee Kuan Yew ini, bila rakan saya bercakap Bahasa Inggeris, dia bercakap Melayu. Lee Kuan Yew kata awak bercakap Inggeris ini awak kena fikir dulu kan? Bila bercakap Melayu tak payah fikir banyak. Dia tempelak dalam majlis itu.
Itu satu petanda yang kita kena faham bagaimana tokoh-tokoh politik yang besar meletakkan peranan bahasa dalam pendidikan. Kecuali tokoh politik yang gagal, yang gagal sahaja nak balik kepada zaman penjajahan.
Ibnu Khaldun mengatakan di antara bangsa yang hina ialah bangsa yang terpengaruh dengan penjajah yang menjajah mereka. Dipengaruhi bahasanya, budayanya, dan sehingga meninggalkan agamanya.
Adakah konsep yang nak dibawakan ini bertujuan untuk menghinakan bangsa dia sendiri dalam negara dia sendiri? Kita tidak mahu anak-anak kita jadi bahan ujian. Berapa penyata-penyata pendidikan pelajaran ini gagal? Kita ubah tetapi memakan masa beberapa generasi.
Agama
Yang pertama kita kena melihat dan memahami Islam tidak sama dengan agama-agama lain. Islam adalah ajaran yang menyeluruh, ad-Din yang tak boleh diterjemahkan dengan religion, dengan agama dengan makna yang sempit. Melibatkan jati diri bukan sahaja individu, termasuk negara itu sendiri.
Kita telah berjaya melalui perjuangan kemerdekaan, apabila Perikatan di masa itu Umno, MCA, MIC, dan PAS satunya parti pembangkang di masa itu bersepakat mendesak Suruhanjaya Reid meletakkan Islam adalah agama Persekutuan, agama lain diberi hak untuk menganut. Sepatutnya kita perkasakan apa yang sudah menjadi dasar dan konsep perlembagaan ini. Malangnya, Islam direndahkan kuasanya. Islam ditundukkan kuasanya. Satu ugama yang perkasa melibatkan politik, pentadbiran dan segala-galanya.
Dalam Islam, bila seseorang itu masuk Islam, dia mesti faham sebelum dia masuk Islam lagi bahawa agama ini bukan macam pakaian boleh pecat, boleh cabut dengan mudah. Agama ini ada dalam Islam ada ikatan dua kalimah syahadah merupakan perjanjian seseorang dengan Allah S.W.T.
Kalau sekiranya seseorang itu mungkir perjanjian dengan manusia, dianggap satu kesalahan yang sangat besar. Di sini Islam meletakkan bahawa mereka yang masuk Islam kemudian murtad, mungkir janji dengan Allah Taala, khianat terhadap Allah Taala. Ini ikatan agama dalam Islam yang kita tak boleh sama dengan agama lain.
Dengan sebab itu maka Islam memberi penegasan yang sekuat-kuatnya kepada mereka yang masuk Islam tidak dimudahkan untuk murtad, mesti dipujuk. Apa lagi bila Islam itu dikaitkan dengan negara, dikaitkan dengan negara. Maka mereka yang murtad itu dianggap bukan sahaja pengkhianat terhadap agama, pengkhianat terhadap negara dan umat yang dominan di dalam negara itu. Orang yang mudah dipergunakan oleh musuh-musuh negara.
Di sinilah maka penegasan kita dalam berpegang dengan agama Islam. Kita tak paksa orang bukan Islam masuk Islam. Tetapi seorang yang bukan Islam nak masuk Islam dia mesti faham, dia mesti tahu ini, dia mesti tahu bila sudah masuk Islam tak boleh dirungkai dengan mudah-mudah. Di sana banyak ayat-ayat Quran yang menegaskan bahawa Islam mesti ditinggikan dalam negara itu:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
  • “Allah Taala tidak mengizinkan sekali-kali bukan Islam itu mengatasi Islam dengan apa-apa jalan sekalipun” (an-Nisa’: 141)
Sehingga Allah menyebut dalam ayat ini sambungan yang dahulu itu mengatakan bahawa ini adalah sifat-sifat munafik. Kalau ada orang Islam yang membiarkan perkara itu, orang Islam ini ada sifat-sifat munafik dalam diri dia. Menjadi kewajipan kepada orang Islam mempertahankan kedudukan agama dia, bukan (sahaja) dalam diri dia, termasuk dalam negara dan perlembagaan negara.
Apa lagi kita sudah nyatakan dalam perlembagaan Islam adalah agama Persekutuan, dan bidang kuasa agama bidang kuasa negeri. Dengan makna apa-apa perkara yang berkait dengan urusan orang Islam mesti diselesaikan oleh orang Islam. Di sini mewajibkan kita meninggikan Mahkamah Syariah. Memuliakan Mahkamah Syariah. Jangan merendahkan Mahkamah Syariah. 
(Teks transkrip dari Ucapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) HARAKAHDAILY 4/3/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

9 comments:

Anonymous said...

Sampai tahap ni puak2 PAN, PKR dan Bersatu tak sedar lagi

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 201

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

BUKTI DAP MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM:

DAP HINA AZAN DAN BANTAH PEMBINAAN MASJID OLEH Jimmy Wong


https://www.youtube.com/watch?v=9dXsU__PtxQ

Malangnya pemimpin-pemimpin parti sekular liberal seperti Mike Selfie Dada Amoi, Kak Jah Liberal dan MahaFiraun yang mendakwa diri mereka beragama Islam membela dan menyokong pemimpin-pemimpin DAP.

Sesungguhnya puak munafik ini adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan api dalam sekam yang sedang berusaha untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan hak umat Islam dari dalam.

Umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 dan mereka akan memulau dan menolak Pakatan Khadam pimpinan parti kafir harbi.

KESIMPULAN

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela ajaran Islam dan hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh musuh-musuh Islam.

Allah dan RasulNya telah mengharamkan umat Islam dari menyokong dan mengundi puak munafik sekular liberal dan puak kafir menjadi pemimpin:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." QS. 5. Al-Maa-idah : 57.

Anonymous said...


'SUPERMAN' DAP DEDAH STRATEGI KOTOR DAP GUNA MELAYU SCREW MELAYU

Video panas Siapa Memperkudakan Siapa? Melayu 'Skrew' Melayu! jelas menunjukkan parti kafir harbi menggunakan Melayu untuk screw kaum Melayu. Sumber:

https://www.youtube.com/watch?v=ktI9XEWKMJ8

Video tersebut membuktikan parti kafir harbi menggunakan strategi kotor 'strategi pecah dan perintah" dengan memperalatkan Melayu untuk screw kaum Melayu Islam !

Siapakah pengkhianat-pengkhianat Melayu yang diperalatkan oleh parti kafir harbi untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam supaya parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi berkuasa di negara ini?

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika parti kafir harbi ini dan khadam-khadam sekular liberalnya memerintah negara ini.

Anonymous said...



DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Published on Aug 5, 2017

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Sumber : https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

Anonymous said...


PAKATAN SESAT PIMPINAN DA-PIG SABOTAJ BAHASA KEBANGSAAN DAN KAUM MELAYU ISLAM

Kita merasa amat dukacita melihat pemimpin-pemimpin Pakatan Sesat pimpinan parti kafir harbi DA-Pig berusaha mengembalikan kita ke zaman penjajahan British apabila mereka cuba menipu rakyat supaya menyokong rancangan jahat mereka memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris dan mengetepikan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan).

Mereka tahu penguasaan orang Melayu Islam lemah dalam Bahasa Inggeris. Jika Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan , mereka tahu ramai pelajar Melayu Islam akan gagal dalam perperiksaan SPM, matrikulasi dll. Ini bererti orang Melayu akan gagal memasuki fakulti perubatan , kejuruteraan dll. Maka bilangan professional Melayu Islam akan berkuarangan.

Inilah rancangan jahat Pakatan Sesat pimpinan DA-Pig untuk sabotaj kaum Melayu Islam.

Sejarah telah membuktikan bahawa UKM yang menggunakan Bahasa Melayu telah berjaya menghasilkan professional dalam bidang perubatan , kejuruteraan dll yang hebat dan terkenal di negara kita.

Hampir semua negara maju tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana mereka mengutamakan Bahasa Kebangsaan mereka sendiri. Lihatlah negara Jerman, Perancis, Jepun, Korea, China dll adalah negara maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris.

Ini membuktikan Bahasa Inggeris bukan syarat untuk memajukan negara kita.

Anonymous said...


Barua 1:46 PM ternakan DA-Pig adalah contoh makhluk yang bencikan perjuangan Islam dan ulama Islam. Maka kita tidak merasa hairan melihat barua ini memfitnah dan menghina perjuangan Islam dan ulama Islam dan parti Islam. Barua ini sama ada munafik atau kafir harbi.

Anonymous said...


Barua 1:53 PM ternakan DA-Pig telah memfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Fakta:

(1) PAS sebagai parti Islam tidak akan bersekongkol dengan parti politik yang menjadikan sekularisme, liberalisme dan pluralisme sebagai asas perjuangan mereka.

(2) Barua dedak roket ini menggunakan al-quran dan kitab2 untuk memfitnah parti Islam PAS. Ini jelas membuktikan barua-barua ternakan DA-Pig adalah makhluk yang sesat dan keji.

Anonymous said...

PEMBETULAN Komen March 8, 2018 at 2:01 PM:

Barua 1:53 PM ternakan DA-Pig telah memfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Fakta:

(1) PAS sebagai parti Islam tidak akan bersekongkol dengan parti politik sekular, liberal , plural dan kafir harbi yang menentang Islam atau pernah mengkhianati parti Islam PAS.

(2) Barua dedak roket ini menggunakan al-quran dan kitab2 untuk memfitnah parti Islam PAS. Ini jelas membuktikan barua-barua ternakan DA-Pig adalah makhluk yang sesat dan keji.

Anonymous said...

Wah hebat barua ternakan DA-Pig menulis komen longkang yang setaraf dengan mentaliti longkang mereka sendiri. Inilah hasil ajaran sifu evangelis roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails