Thursday, March 08, 2018

PM Cipta Peluang Kerja Tapi Bukan Untuk Rakyat M'sia -Subky Latif



Seorang veteran PAS berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh dianggap mewujudkan banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Bagaimanapun kata Subky Latif peluang itu bukanlah untuk rakyat di negara ini sebaliknya buat warga asing, terutama Bangaldesh dan Indonesia. Kata bekas pengarang di Utusan Melayu itu, pada masa sama masyarakat menganggap Najib sudah membazirkan sekian banyak jurutera dan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini yang sukar mendapat pekerjaaan yang sesuai.

"Kalau jurutera berniaga nasi lemak, orang ajaib akan pilihannya, (dan) persepsi semua (orang) ia adalah tanda teruknya kerajaan dan urusan negara kita sekarang.
"Jurutera Bangladesh dan Indonesia boleh datang kerja di Malaysia, tetapi jurutera kita yang menganggur hendak ke mana?" kata Subky dalam tulisan terbaru kolumnya di harakahdaily hari ini.

Isu jurutera dan lepasan IPT dalam negara yang menjadi penjual nasi lemak ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal pertengahan Jan lalu.

Tawaran banyak, permintaan kurang

Kata bekas perdana menteri itu kewujudan lepasan IPT yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber atau seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu.

Katanya, golongan terbabit menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau pemandu Uber kerana tiada peluang pekerjaan.

"Kalau kita nak (mereka jadi) jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar kita bagaimana nak jual nasi lemak," katanya.



Seminggu kemudian Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan isu lepasan IPT dalam bidang profesional yang "terpaksa" membuat kerja rencam seperti menjual nasi lemak.

"Jika kita membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk melatih orang yang akhirnya (terpaksa) menjual nasi lemak, ia satu pembaziran.
"Jika mereka betul-betul mahu jual nasi lemak, tidak perlu kita jadikannya sebagai jurutera," katanya.

Menurut Subky nilai kerajaan Malaysia dapat dilihat kepada keadaan sekarang apabila ada jurutera terpaksa berniaga nasi lemak untuk "sesuap pagi dan sesuap petang."

Pada masa sama veteran PAS itu menegaskan tiada yang hina apabila seseorang berniaga nasi lemak, malah ia jauh lebih mulia berbanding menjual dadah atau memperdagangkan manusia.

"Jurutera yang jual nasi lemak adalah gara-gara ramainya orang berkelulusan tinggi tetapi tiada pekerjaan.
"Universiti Perguruan Sultan Idris mengeluarkan ribuan graduan guru, tetapi tidak cukup sekolah untuk menampung mereka.
"Sekarang bukan saja lulusan tinggi payah dapat kerja, ribuan yang sudah bekerja (pula) dibuang kerja," katanya.


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Jika mahu kerja record audio palsu pakai kaset dan mikrofon yg disambung kepada mini compo sila talipon Mr Mimpi 15x, Kuasa 10x dan sumbu ajaib jimat minyak

Anonymous said...

PEKERJA KAFIR HARBI ASING DILAYAN SEPERTI RAJA, UMAT ISLAM DI NEGARA ASING DILAYAN SEPERTI HAIWAN

Negara kita menjemput puak-puak kafir harbi berkerja di negara kita, melayan mereka dengan baik, menghormati kepercayaan mereka dan mereka membawa kembali kekayaan negara kita ke negara asal mereka di waktu saudara mereka yang menjadi pelampau fanatik dan pengganas kafir harbi seperti pengganas Buddha, sami Buddha, pengganas Hindu, sami Hindu dan pemimpin politik Hindu sibuk menindas, merompak, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam dan merompak dan membakar masjid, rumah dan kampung dan ladang umat Islam di Myanmar, Sri Langka, Kashmir dan India dll.

Sepatutnya kerajaan Malaysia menghalau pekerja-pekerja kafir harbi tersebut kembali ke negara asal mereka dan mengambil pelarian Islam dari Myanmar, Sri Langka, Kashmir dan India untuk mengambil tempat pekerja-pekerja kafir harbi tersebut.

Kita mendapati setiap kali umat Islam ditindas, disiksa, dirogol dan dibunuh dan rumah, masjid dan kampung mereka dirompak dan dibakar oleh pengganas kafir harbi di Myanmar, Sri Langka, Kashmir dan India dll, NGO dan parti sekular, liberal dan kafir harbi berdiam diri membisu seribu bahasa seperti syaitan bisu seolah-olah mereka merestui semua kezalimah, keganasan dan jenayah puak pengganas kafir harbi.

UMNO perlu menunjukkan komitmen mereka membela umat Islam yang tertindas dengan menghalau pekerja kafir harbi asing kembali ke negara asal mereka dan memberikan peluang perkerjaan kepada umat Islam yang menjadi pelarian di di Myanmar, Sri Langka, Kashmir dan India dll untuk membina kehidupan baru mereka di negara kita.

Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada parti Islam PAS dan kerajaan pimpinan UMNO kerana sudi memberi perhatian dan bantuan mengikut kemampuan PAS dan kerajaan pimpinan UMNO kepada umat Islam yang sedang ditindas, dirompak, disiksa, dirogol dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam di Myanmar.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membentuk kerajaan Islam yang boleh membela agama Islam dan hak umat Islam di Malaysia dan luar negara dan mengambil tindakan tegas ke atas negara-negara kafir harbi yang telah merestui pengganas kafir harbi menindas, merompak, merogol, menyiksa dan membunuh umat Islam.

Sebenarnya ASEAN adalah lesen rejim-rejim kafir harbi untuk melakukan penghapusan etnik umat Islam tanpa sebarang halangan dan negara-negara umat Islam tidak boleh campurtangan untuk menghalang penghapusan etnik. Sikap ASEAN seolah-olah merestui penghapusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails