Friday, March 09, 2018

Manifesto Pakatan Terap Agenda Liberal Agama -Dr. Kamarul Zaman




KUALA LUMPUR – Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jelas berunsur liberal kerana menyebut kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan kepada negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, manifesto itu merupakan satu naratif bagi mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tambah beliau, Manifesto PRU14 Pakatan Harapan turut berjanji memastikan kedudukan hak asasi Malaysia dalam ‘Universal Periodic Review’ menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi Malaysia selaras dengan perkembangan dunia.
“Ini boleh dibayangkan sudah tentulah pelbagai undang-undang jenayah syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan di Malaysia. Sudah tentu insiden murtad akan berleluasa, begitu juga golongan ateis dan Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual ( LGBT) akan turut berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul turut mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan menjadikan kumpulan bekas penjawat awam G25 berfikiran liberal sebagai badan luar yang dirujuk dalam penyediaan Manifesto PRU14.
Kata beliau, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri mendedahkan perkara tersebut pada majlis Pelancaran Manifesto PRU14 Pakatan Harapan di Selangor malam tadi.
Menurut beliau, umum mengetahui G25 adalah satu badan yang dianggotai oleh beberapa bekas penjawat awam kerajaan yang cukup bermasalah dengan idea liberal agama mereka.
Sebagai contoh, katanya, kumpulan G25 pernah meminta menilai kembali Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia yang didakwa melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi.
Ujarnya, buku terbitan G25 antara lain mengandungi saranan memperjuangkan sistem politik sekular, peranan Islam di dalam pentadbiran kerajaan dikurangkan dan umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad.
“Termasuk dalam agenda G25 yang juga menjadi agenda DAP ialah penghapusan institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang tertera dalam kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari,” katanya.
Justeru, Kamarul berkata, komitmen Pakatan Harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia jelas meragukan berdasarkan kandungan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
“Pada 6 Februari lalu, saya sendiri mempersoalkan komitmen Pakatan Harapan mendaulatkan Islam di Malaysia kerana kegagalan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan JAKIM dalam Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Bila ditanya wartawan mengenai pendirian Pakatan Harapan terhadap JAKIM, beliau hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)
“Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal,” katanya. – Mynewshub.cc

3 comments:

Anonymous said...

Sikap Pakatan Harapan yg Membenci Syiar Islam

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Sokong Pakatan bukan dapat Berkat, Tetapi dibenarkan Murtad

https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

Anonymous said...

Cuba tengok manifesto BN pulak? Agenda BN memberi samarata hak beragama pada semua, itu bermaksud apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails