Thursday, March 08, 2018

‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, disifatkan sebagai biadab, kerana mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ia susulan kenyataan Kit Siang ketika sidang media di Parlimen hari ini, yang menyifatkan titah Seri Paduka pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen Ke-13 semalam, sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, secara terbuka menyatakan beliau kecewa dengan titah Yang di-Pertuan Agong itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari, menyifatkan kenyataan Kit Siang itu menunjukkan sikapnya yang biadab serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan institusi Diraja.
“Sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah, dia perlu akur. Dia sepatutnya guna peluang untuk membahas usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, bukan komen di luar Dewan dan mengkritik apa yang dititahkan.
“Kita juga dapat lihat ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah, ada Ahli Parlimen (pembangkang) bercakap sesama mereka serta tidak mematuhi prosedur pakaian ditetapkan Parlimen.
“Itu menunjukkan kebiadaban Ahli Parlimen sebelah sana (pembangkang),” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap, berkata Kit Siang perlu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya menghina Yang di-Pertuan Agong.
Malah, katanya, kenyataan Kit Siang itu seolah-olah menganggap Yang di-Pertuan Agong cuba bermain politik dalam titah baginda dengan menyebelahi kerajaan.
“Titah Tuanku tidak ada retorik politik, sebaliknya menyentuh mengenai kos sara hidup, pendidikan dan ekonomi yang menjadi fakta dalam negara.
“Jangan cuba nak politikkan titah Tuanku. Nampak sangat pembangkang takutkan kekuatan Barisan Nasional (BN) hingga menganggap Yang di-Pertuan Agong cuba bermain politik. Apa salahnya perkara yang disebut Tuanku,” katanya.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kenyataan Ahli Parlimen veteran DAP itu mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong, selain menunjukkan ketidakmatangan berpolitik.
“Jika mereka mempunyai kuasa memerintah negara, pastinya akan melakukan sesuatu bagi menjatuh atau menghina institusi Diraja dalam negara ini. Ini keadaan yang cukup bahaya dan membimbangkan.
“Saya juga mahu bertanya pendirian Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) atau pimpinan Pakatan Harapan yang lain, apakah mereka bersetuju dengan kenyataan Kit Siang,” katanya – BH


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Mengapa PAN Kelantan cukup taat kepada DAP? Husam dan Wan Rahim ada maruah ka? Jika ada sila kata Tidak pada DAP dan Pakatan Harapan

Anonymous said...

MUSANG LIBERAL BERBULU AYAM CUBA MEMUSNAHKAN PARTI ISLAM

Sebenarnya kita telah mengetahui pemimpin-pemimpin liberal seperti Sumbu Kuasa 10 Mimpi 15 Kali, Kalit Greja, Mu Jahat, Mike Selfie Dada Amoi, Ha Selipar Mydoom adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang diternak oleh parti kafir DA-Pig untuk melemahkan parti Islam dan merampas pucuk pimpinan parti Islam dan menukarkan idoelogi Islam kepada ideologi 'Islam' liberal.

Munafik-munafik inilah yang menyokong dan membela gereja yang menuntut penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible dan gereja dan menentang tindakan jabatan agama Islam menyiasat gereja yang cuba memurtadkan umat Islam sejak pengkhianat-pengkhianat ini berada dalam parti Islam lagi.

Konspirasi parasit-parasit inilah yang bertanggung-jawab menyebabkan Hasan Aly yang berusaha membela agama Islam dan melindungi umat Islam dari murtad tersingkir dari parti Islam. Dan sesungguhnya kita merasa satu kerugian besar bagi parti Islam kerana kehilangan pemimpin Islam seperti Hasan Aly.

Bahkan MUSANG LIBERAL BERBULU AYAM inilah yang membela pemimpin-pemimpin kafir harbi DA-Pig setiap kali pemimpin kafir harbi menghina, memaki hamun dan memfitnah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam dan ulama Islam. Sebenarnya puak munafik akan merasa kepanasan apabila mereka dalam perjuangan Islam kerana sikap munafik mereka terdedah sedikit demi sedikit.

Apabila para munafik ini gagal merampas pucuk pimpinan parti Islam dari ulama-ulama Islam, mereka mendedahkan kemunafikan mereka dengan menubuhkan parti PANIPU di bawah payung parti kafir harbi sambil mendakwa parti PANIPU adalah parti 'Islam' konon.

Bagaimana boleh pemimpIn dan ostad parti PANIPU yang manjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig mendakwa parti PANIPU adalah parti 'Islam'?

Wahai umat Islam, menyokong dan mengundi Pakatan Sesat pimpinan parti kafir harbi DA-Pig adalah seperti kita menggali kubur kita sendiri kerana mereka adalah musuh Islam yang sangat jelas dan terang kerana mereka menyokong, membela dan mempromosi semua bentuk kemungkaran dan kesesatan di kalangan umat Islam seperti kebebasan untuk murtad, ajaran sesat seperti Syiah dan Qadiani, pesta arak terbuka, judi, zina, LGBT, atheis dll.

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan melindungi umat Islam dari kesesatan dan murtad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails