Friday, March 09, 2018

Bekalan Air L/Kelang Pulih Tengah Malam Ini Berperingkat.

Bekalan air  di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini secara berperingkat
Bekalan air di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat terputus bekalan air sejak Selasa, kini boleh menarik nafas lega.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) telah beroperasi dengan purata kapasiti 830 juta liter sehari (JLH).

Syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, memberitahu proses pengepaman bekalan ke Kolam Imbangan Bukit Tadun kini giat dijalankan sebelum penyaluran ke sistem utama serta kolam-kolam perkhidtmatan bagi proses pemulihan.

Sehubungan itu, bekalan air bagi semua kawasan terjejas akan bermula tengah malam ini atau awal pagi esok bergantung kepada tekanan sistem agihan.

Seterusnya, pemulihan bekalan akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada geografi dan altitud premis pelanggan.

Sejumlah 427 kawasan di Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air bermula 6 Mac lalu susulan kerja pembaikan Sistem Mampatan di SSP3.


UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 


2 comments:

Anonymous said...

Memang mentaliti PH teruk. Tongong punya PAN

https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/08/ye-ke-mana-ada-masalah-air-di-shah-alam-khalid-samad/

Ye Ke ? Mana Ada Masalah Air Di Shah Alam – Khalid Samad


AIDCNews -08/03/18 –Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak tahu menahu masalah ketiadaan air seperti mana yang didakwa berlaku di kawasan parlimennya.

“Ya ke? Saya balik Shah Alam tidak ada apa pun, semua ok sahaja, siap mandi tidak ada masalah,” kata Khalid ketika ditanya Ahli Parlimen BN-Setiu,Che Mohamad Zulkifly.

Anonymous said...

Inilah kerja buat kerajaan BN yang sanggup sabotaj rakyat demi politik. Mereka mahu rakyat susah dan memarahi kerajaan Selangor. Semoga rakyat hukum kerja buat BN ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails