Friday, August 25, 2017

Tragedi Memali, PAS Setuju RCI, Apa Kata Dr M?


KUALA LUMPUR – PAS sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika ditubuhkan untuk menyiasat tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota keselamatan.

Lapor  BH Online

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan penubuhan RCI wajar dilaksanakan supaya siasatan telus dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis.
“Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin Islam negara pada masa itu.
“Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.
“PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan selain bersependapat dengan kepemimpinan PAS mengenai cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 itu.
Isu Memali timbul kembali dalam pelbagai forum, termasuk membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak menjelaskan perkara sebenar pada perhimpunan di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
Tragedi Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu menyaksikan pertempuran antara penduduk kampung diketuai pemimpin PAS, Ibrahim Libya dengan pasukan keselamatan. Ibrahim dikaitkan dengan ajaran sesat dan keganasan tetapi dakwaan itu dinafikan PAS.  
Sementara itu di Macang BERNAMA melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan memberinya peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku pada peristiwa Memali sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  mengenainya ditubuhkan. Bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia memberi kerjasama kepada RCI itu bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.
“Saya alu-alukan adanya RCI Memali kerana pada masa itu, kita boleh dedah apa yang berlaku. Saya sedia (beri kerjasama) dan saya minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku lebih 30 tahun dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan, hari ini.
Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 Nov 1985, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan RCI​​ ​​itu bagi ketahui kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan.

3 comments:

Anonymous said...

Kes lama dah berlalu, tak payah ungkit, semua org ada buat salah, hanya yg 'utul, jawaz dan mustakbir (kasar, degil dan angkuh) yg rasa sentiasa benar, tak pernah buat salah, tak pernah buat silap, muhasabah diri, istighfar dan taubat, moga Tuhan terima.
Utk yg dah berada di alam barzakh, sama sama kita doakan, ampunan dan rahmat Allah swt utk mrk.

Unknown said...

PAS nak RCI Memali...............???
Nampak gaya mesti BOOMARANGGGG.......macam senjata
orang Mauri yang balik menyerang tuannya.

Anonymous said...

Tidak menuntut keadilan itu suatu kezaliman yang ditentang oleh Islam.
Apa lagi bila berkaian pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat miskin tertindas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails