Saturday, August 26, 2017

Dominan, PAS Tanding 42 DUN, 'Kiamat Kecil' Bagi PAKATAN S'ngor.


Hasil carian imej untuk pakatan hancur

SHAH ALAM - Keputusan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor pada PRU14 termasuk di Kajang dan Bukit Antarabangsa menunjukkan kesediaan Pas Selangor untuk menjadi parti dominan atau 'jantung politik' di negeri itu.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ia merupakan tindakan bernas dan wajar dilaksanakan Pas memandangkan sebelum ini parti Islam itu hanya dilihat sebagai ‘parti penyapu sampah’.

“Sebelumnya Pas Selangor hanya berkisar soal penyediaan jentera, menaikkan bendera dan memenuhkan ruang tapak ceramah semata-mata. Tapi kini ia tampil dengan cetusan baru dan pelan strategik politik parti itu.

“Ia menunjukkan paluan gendang perang terhadap golongan yang dianggap pengkhianat. Wan Azizah (Dun Kajang) dan Mohamed Azmin (Dun Bukit Antarabangsa) mungkin dilihat sebagai pengkhianat kepada tahaluf siyasi Pas dan Pakatan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, keputusan Pas Selangor itu juga mungkin petanda ‘kiamat kecil’ bagi Pakatan di Selangor. 

“Mungkin ia isyarat jelas kepada PKR bahawa PKR sudah tidak relevan dan petanda kiamat kecil bagi Pakatan di Selangor. 
“Kiamat kepada Pakatan akibat permusuhan yang dilontarkan kepada Pas dengan sokongan mereka kepada Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, keputusan Pas Selangor itu tidak mengejutkan kerana mereka yakin untuk mendapat undi majoriti daripada orang Melayu di kedua-dua Dun tersebut.

“Namun, peluang Pas bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan pengaruh PKR yang berpengaruh di kedua-dua Dun tersebut.
“Namun, kecelaruan yang sedang melanda Pakatan Harapan kini beri kelebihan kepada Pas jika mereka ada perancangan betul dan tepat,” katanya.

Katanya, penekanan Pas terhadap minat mereka di Dun Bukit Antarabangsa, Kajang dan Gombak adalah berasaskan kepada faktor komposisi pengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di ketiga-tiga kawasan tersebut.

“Bukit Antarabangsa dan Kajang merupakan kawasan majoriti penduduk Melayu iaitu sebanyak 56 dan 48 peratus daripada jumlah pengundi pada PRU 13 lalu.
“Pas juga melihat kepada kelemahan Pakatan Harapan pada ketika ini dengan pelbagai isu integriti sebagai peluang untuk mencuba nasib,” katanya.

Semalam, Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi 42 kerusi Dun Selangor pada  PRU14 termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail (Dun Kajang) dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Bukit Antarabangsa).

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, ketetapan itu dibuat susulan kenyataan DAP dan Amanah sebelum ini yang dilihat berhasrat meletakkan calon untuk semua kerusi Dun yang ditandingi Pas.

Beliau berkata tindakan parti komponen dalam Pakatan Harapan itu yang menjadi punca tercetusnya pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Dun Selangor namun pihaknya tetap bersedia menghadapi kemungkinan berkenaan. (SH)

3 comments:

Unknown said...

Kiamat kecil di Selangor,
Kiamat terus di KELANTAN. HAHAHAHA.....!

IrWrWs said...

Ye ke cik minah?.. Dgn 1% boleh tawan kelantan.. biar betul ni? Dolah mati dulu ke cik minah mati dulu? Keh keh

Cik minah yakin dap boleh bantu pan di kelantan kut.. cik minah lupa ke rakyat kelantan nak hudud tapi dap tak nak.. org kelantan kalau undi pan macam undi dap.. amacam cik minah!

Anonymous said...

Cik minah kira dengan semua hantu2 jembalang dan kerusi2 kosong semasa majlis pan tu,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails