Saturday, August 26, 2017

Ah Long Bergelar Datuk Ditahan, Makin Rendah Moral 'Datuk'?


 China Press - MOHD. Sakri (kanan) menunjukkan pelbagai jenis barang sindiket ah long yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
SEORANG lelaki bergelar Datuk antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di 11 buah lokasi berasingan membabitkan kegiatan dua sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan pinjaman tidak wujud sejak dua tahun lalu melibatkan pinjaman sebanyak RM1.6 juta.
Timbalan Pengarah Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Senior Asisten Komisioner Mohd. Sakri Ariffin berkata, Datuk berusia 40 tahun itu yang merupakan salah seorang ketua sindiket berkenaan telah ditahan di Johor.
Beliau berkata, baki 34 orang lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 15 tahun ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah. Operasi yang dinamakan Ops Vulture itu dijalankan selama tiga hari dan berakhir kelmarin.
Makin rendahkah moral orang yang dipilih berpangkat Datuk? (IH)

3 comments:

Dila said...

jadi ahlong pun boleh pakai gelaran Datuk, memang dasyat sekarang nih

Unknown said...

Tak hairan la, yg sapu 2.6 billion pun ada gelaran Datok Sri.

Unknown said...

Tak hairan la, yg sapu 2.6 billion pun ada gelaran Datok Sri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails