Saturday, August 26, 2017

Amanat Hadi Bukan Punca Peristiwa Memali-Dr Kamarul Yusoff



Sintok, Kedah: Menurut Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff seperti yang dinukilkan pada laman Facebook beliau, ucapan dasar Presiden PAS, Haji Yusof Rawa antara tahun 1983 ke tahun 1987 telah ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad.

Menurut Dr Kamarul Zaman lagi, perkara ini tidak diketahui umum melainkan mereka yang berpeluang membaca Minit-Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tahun-tahun tersebut. Namun begitu, perkara ini didedahkan oleh Datuk Mohd Nakhaei sendiri dalam buku tulisan beliau “Meniti Hari Menuju Senja: Mengimbau Penglibatan Dalam Dakwah Dan Politik”. 

Dalam penulisannya itu, Datuk Mohd Nakhaie menyatakan bahawa, teks-teks ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29, Ke-30, Ke-31, Ke-32 dan Ke-33 pada tahun-tahun 1983, 1984, 1985, 1986 dan 1987 adalah tulisan beliau sendiri. 

“Teks ucapan dasar Haji Yusof yang paling panas nadanya adalah tiga yang terawal, iaitu “Ke Arah Pembebasan Ummah” pada tahun 1983, “Menggempur Pemikiran Asabiyyah” pada tahun 1984 dan “Bertindak Menentang Kezaliman” pada tahun 1985.” 

Dr Kamarul Zaman antara lain menyatakan bahawa terdapat banyak pihak yang cuba mengaitkan ekstrimisme dalam PAS yang seterusnya membawa kepada insiden berdarah Memali pada 19 November 1985 kepada ucapan Dato’ Seri Abdul Hadi pada April 1981. 

“Banyak pihak yang cuba mengaitkan ekstrimisme dalam PAS yang membawa kepada berlakunya Peristiwa Memali pada 19 November 1985 dengan “Amanat Haji Hadi” walhal ia hanyalah ucapan biasa Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 7 April 1981.” 

Walhalnya, kata beliau, “Ucapan dasar yang disediakan oleh Datuk Mohd Nakhaei pada April 1985 jauh lebih keras dalam meniupkan semangat jihad dan mati syahid kepada ahli PAS.” 

Malah, ucapan dasar itu juga meneruskan kecaman ke atas Kerajaan BN di dalam dua Muktamar Tahunan PAS sebelum ini dengan menyamakan dasar dan tindakannya dengan dasar dan tindakan Fir’aun. 

“Bayangkanlah impak yang diperolehi oleh ahli PAS bila Kerajaan BN disamakan dengan Fir’aun, sudah tentulah mereka akan lebih membara dalam menentangnya,” tegas Dr Kamarul Zaman. 

Dr Kamarul Zaman juga mendedahkan bahawa Datuk Mohd Nakhaei adalah perancang utama kepada usaha menjatuhkan Tan Sri Mohd Asri Muda dari jawatan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS 1982. (www.menara.my)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails