Friday, November 04, 2016

Ratusan Ribu Peserta Aksi Bela Al-Quran, Tapi Jokowi Resmikan Acara Lain..

Didatangi Ratusan Ribu Peserta Aksi Bela Al-Quran, Jokowi Resmikan Acara Lain

Ratusan ribu umat Islam yang ikut Aksi Bela Islam dan Bela Al-Quran menyebut menuju depan Istana Merdeka . Massa datang dari berbagai elemen. Sebelumnya hanya ormas-ormas Islam, namun semakin siang juga berdatangan aktivis mahasiswa.

Laporan hidayatullah.com di lokasi, tepat pukul 14.55, berdatangan para ulama. Dianatara Syeikh Ali Jaber, Prof Dr Didin Hafiduddin menenangkan massa yang tadinya panas.  Syeikh Ali Jaber mengajak aksi berjalan damai sambil menunggu kedatangan para ulama dan tokoh Islam lain yang masih terjebak massa yang luar biasa.
Sementara itu, di saat massa mendatangi Istana, Presiden Joko Widodo memilih mengunjungi Bandara Soekarno-Hatta.

“Hari ini Presiden bekerja seperti biasa. Pagi tadi menerima beberapa Menteri yakni Mensesneg dan Seskab tentu berkaitan dengan tugas dan pekerjaan,” ujar, Jakarta.
“Presiden melakukan kunjungan ke Bandara Soetta dalam rangka meninjau perkembangan pembangunan infrastruktur transportasi, terutama progress pembangunan kereta bandara,” pungkas juru bicara kepresidenan, Johan Budi di kompleks Istana Negara Johan. (flo/jpnn)Jumat (4/11/2016) dikutip JPPN. (Hidayatullah.com)

6 comments:

Anonymous said...

PAN amat kasih kepada DAP walaupun DAP perangai macam Ahok Jakarta. Bukti2 DAP Perangai macam Ahok Jakarta ada dibawah ini. Artikel evergreen dari Isma.

Walaupun berpuluh2 kali diulang, tetapi PAN AL KUALI gagal menjawab bukti2 nyata ini. Kerana apa? Kerana bukti2 ini Benar dan PAN itu adalah khadam DAP

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Umat Islam Jakarta telah diperdaya oleh pemimpin-pemimpin munafik sekular dan liberal untuk menyokong si china kristian yang bernama Ahok menjadi gabenur Jakarta. Sebagai membalas kebaikan umat Islam, Ahok telah:

(1) menghina agama Islam dan Al-Qur'an,
(2) merobohkan beberapa masjid di Jakarta,
(3) memecat pegawai kerajaan dan pengetua dan guru besar yang beragama Islam dan melantik orang-orang Kristian mengisi kekosongan tersebut,
(4) menindas dan menafikan hak umat Islam seperti melarang pelajar Islam menutup aurat
(5) Dan lain-lain.


Wahai umat Islam, Allah dan RasulNya telah melarang keras umat Islam melantik orang-orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin umat Islam kerana orang-orang kafir dan puak munafik tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.(Al-Maaidah 5:57)

Wahai umat Islam, jadikanlah Ahok Jakarta yang memusuhi Islam dan umat Islam itu sebagai pengajaran untuk umat Islam negara kita kerana di negara kita terdapat ramai Ahok-Ahok yang menjadi pemimpin parti kafir harbi dan parti sekular liberal yang memusuhi Islam dan umat Islam. Oleh sebab itu, marilah kita semua memulaukan (boycott) semua parti kafir harbi dan parti munafik sekular liberal dalam PRU 14.

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam. Caranya ialah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh membela agama Islam dan hak umat Islam dan melaksanakan ajaran islam dan hukum Allah.

Anonymous said...

Soalan: Mengapa pemimpin-pemimpin kafir harbi tidak takut pada parti-parti sekular dan liberal?

Jawapan: Parti-parti sekular dan liberal tidak berminat melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah. Bahkan sebilangan pemimpin-pemimpin sekular dan liberal lebih cenderung bersikap anti-Islam.

Soalan: Mengapa pemimpin-pemimpin kafir harbi takut pada parti Islam PAS dan berusaha menfitnah untuk melemahkan atau menghapuskan PAS ?

Jawapan:

Parti Islam PAS telah menjadikan Islam sebagai objektif dan matlamat perjuangan parti PAS sejak PAS ditubuhkan hingga sekarang. Oleh sebab itu, PAS berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah untuk umat Islam di negara ini sedangkan parti kafir harbi dan liberal amat memusuhi Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Pas wajib bukak cawangan di Indonesia utk menjaga Islam kerana ulamak2 Indo gagal menegakkan hudud Allah walaupun penduduknya 90% umat Islam. Lagipun DAP takde kat sana utk menentang hudud atau ruu 355 Pas.

Takfir!

Anonymous said...

Org beriman tak menipu. Org munafiq yg menipu. Org munafiq lebih merbahaya dari org kafir, spt musang berbulu ayam yg masuk dlm reban. Org kafir mcm musang yg tengok dari jauh, ada peluang tak terus ngap, dia pastikan selamat dan dapat untung jangka panjang.

Anonymous said...

Kah kah kah....dia tanya soalan lepas tu jawab sendiri, tanya lagi lepas tu jawab sendiri lagi. Kah kah kah barua-barua Pas ni dungu sekali.

Lebih kurang macam bukak sekolah sendiri, buat soalan exam sendiri, jawab dan beri markah sendiri. Lepas tu bagi kelulusan sendiri. Bijak kan baru-barua Pas macam anon 10.07 ni? Kebanggaan bangsa dan agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails