Wednesday, November 02, 2016

Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi.

Post Pic


KUALA LUMPUR: 'Jangan kacau dalam rumah kami,' tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus membayangkan parti itu tidak akan berkompromi dalam isu agihan kerusi tradisi milik mereka.

Amaran itu disuarakan Hadi meskipun PAS ujarnya menyatakan kesediaan membuka pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjayakan prinsip satu lawan satu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PAS sudah lama buka pintu. Dan pintu perbincangan tidak ditutup. Cuma apabila dah masuk pintu, jangan kacau dalam rumah sudahlah," katanya kepada ketika ditemui di Dewan Rayat, hari ini.

Malah secara sinisnya beliau meminta DAP tidak menjadi 'pengacau' sekiranya perbincangan antara dua pihak itu dilakukan.

"Jangan kacau dalam rumah kami sudahlah," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Reaksi Hadi itu diberikan sebagai menjawab kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang berkata PAS bersetuju dengan konsep satu lawan satu sebagaimana yang diharapkan pembangkang untuk menentang Umno-BN dalam PRU14 akan datang.

Hashim juga menambah kesediaan PAS itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang yang lain.

PAS sebelum ini mengambil pendirian bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam PRU14 kelak, termasuk situasi pertandingan tiga penjuru antara Umno-BN dan PH.

Ini kerana PAS tidak lagi menjadi sebahagian komponen dalam gabungan itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) tahun lalu akibat perbalahan berterusan dengan DAP bersabit isu hudud.

Malah PAS juga enggan mengadakan sebarang kerjasama dengan PH memandangkan ia turut dianggotai parti serpihannya, AMANAH. (Antarapos)

11 comments:

Anonymous said...

Macam mana parti pas nak bertanding....


HARAKAH TAK LAKU ....maknanya....


B.N yg menang....

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/10/husam-akui-yang-dia-lebih-pentingkan.html?m=1

HUSAM AKUI YANG DIA LEBIH PENTINGKAN JAWATAN!!!

Jika dibandingkan diantara maruah diri sebagai seorang pemimpin dengan jawatan serta kedudukannya dalam Politik, nampak sangat yang Si Husam tu memilih untuk memberi keutamaan kepada jawatan yang disandangnya pada ketika ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Si Husam tu dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini apabila ditanya kenapa dia tidak melepaskan jawatannya sebagai ADUN Salor ketika bertindak keluar dari PAS dan menyertai PAN sebelum ini.

Antara alasan yang diberikan oleh Si Husam tu ialah dia takut sekiranya dia lepaskan jawatan sebagai ADUN yang dia menang atas tiket PAS sebelum ini, maka masa depan dan karier dia sebagai seorang Ahli Politik di Malaysia ini akan berakhir.
“Kita ada peraturan, mana-mana ADUN yang letak jawatan, dia tidak boleh bertanding lagi.
“Adakah ini adil bagi seseorang. Kalau saya letak jawatan sekarang, saya tidak boleh bertanding dalam pilihan raya. Adakah ini dua kali hukum. Sekali dia kena pecat parti. Sekali dia kena letak jawatan. Sekali dia tidak boleh bertanding lagi,” katanya dalam persidangan DUN Kelantan hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam tu merupakan satu usaha untuk memburukkan imej PAS dan menunding jari menyalahkan bekas partinya itu diatas tindakan yang dilakukan sedangkan dia menang pun atas tiket PAS.

Dalam erti kata lainnya, Si Husam tu beranggapan karier Politik seseorang pemimpin itu hanya dapat dikekalkan sekiranya dia pegang jawatan sebagai ADUN. Kalau dia takde jawatan sedemikian, maka dia akan menjadi setaraf dengan sampah.

Nampak sangat yang pemikiran Si Husam tu terhadap Politik terlalu JUMUD dan SEMPIT sehingga membuatkan dia mempunyai pandangan yang sedemikian rupa. Itu membuktikan yang Si Husam ni kurang keyakinan pada dirinya sendiri.

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam tu membuktikan bahawa sekiranya dia lepaskan jawatan sebagai seorang ADUN yang dimenangi atas tiket PAS, maka rakyat pasti akan melupakan dirinya. Dan itu lebih penting.

Apa yang jelas, Si Husam tu hanya mendambakan populariti murahan semata - mata dengan mengekalkan jawatannya sebagai seorang ADUN. Dia hanya nak orang ingat pada dia bagi dia mengekalkan kedudukan dalam arus Politik semasa. Bukannya dia lebih mengutamakan maruah dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin!

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/11/meroyan-menda-lagi-si-nizar-lilin-ni.html?m=1

MEROYAN MENDA LAGI SI NIZAR LILIN NI!!!

Ibarat macam seorang suami yang dah menceraikan isteri dengan talak tiga, tapi masih lagi meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Pantang isteri tu buat apa saja, sudah pasti dia akan menjadikan tindakan Si Isteri tu sebagai modal kritikan.

Hanya itu sahaja gambaran yang dapat kita berikan apabila Si Nizar Lilin ni tak habis - habis lagi meroyan terhadap PAS walaupun dia dah ambik tindakan meninggalkan parti tersebut. Soalnya, apa lagi yang dia tak puas hati dengan parti tu?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nizar Lilin tu hari ini, nampak sangat yang dia masih lagi menyimpan dendam kesumat terhadap bekas parti tu dan mencabar agar parti itu menyertai perhimpunan Bershit 19 November nanti.
"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka. Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.
Soalnya, kenapa Si Nizar Lilin sibuk sangat nak desak PAS menyertai perhimpunan tersebut sedangkan parti itu sudah membuat keputusan dan pendirian yang cukup jelas tidak mahu menyertainya kerana agenda Bershit itu sudah berubah?

Bukan ke dia jugak yang menolak penyertaan PAS dalam Pakatan sebelum ini dan menggantikannya dengan PAN? Adakah Si Nizar Lilin tu tidak yakin dapat mengumpulkan penyokong PAN seperti mana yang biasa dilakukan oleh PAS?

ATAU mungkin Si Nizar Lilin tu sendiri tidak memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS sebelum ini yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pertandingan 1 lawan 1 menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Si Nizar Lilin tu jelas tidak memahami pendirian PAS yang tetap menolak mereka yang menentang dasar perjuangan parti tersebut yang berhasrat mahu menegakkan Hukum Islam seperti yang dilakukan oleh DAPigs dan disokong oleh PAN.

Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nizar Lilin itu membuktikan ketidak-yakinan puak Pakatan untuk mengumpulkan penyokong - penyokong mereka bagi menyertai perhimpunan yang bakal diadakan di Ibunegara itu kelak.

Hakikatnya, puak Pakatan Haprak tu jelas masih menaruh harapan kepada PAS yang selama ini menjadi penyumbang utama kepada jumlah peserta perhimpunan yang diadakan. Realitinya, tanpa kehadiran PAS, jumlah penyertaannya pasti berkurangan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas sejak beberapa siri perhimpunan yang dibuat sebelum ini dimana puak Pakatan Haprak tu GAGAL untuk mengumpul jumlah penyokong mereka seperti mana yang diharapkan tanpa kehadiran PAS. Sekaligus ianya membuktikan bahawa PAS masih lagi sebuah parti yang relevan dikalangan puak Pakatan Haprak tu!!!

Semut Hitam at Rabu, November 02, 2016

Anonymous said...

Lebai Hadi dah pening tu...
Asyik minum ayaq ketum ja

PAS yg malang nasibnya dibawah lebai Hadi....

Anonymous said...

Tuan Presiden dah kacau otaknya kesan kencing JibMah,sebelah kanan hancing, sebelah kiri pun hancing.Jadi terpaksalah jalan berundur kebelakang dengan harapan tak kena najis dan bau hancing.

Anonymous said...

Kamu yang malang lebih pecaya sekuler libral dari islam.

Anonymous said...

Kesian pada kamu sanggup jual maruah janji dapat fitnah tghh.

Anonymous said...

Bukan fitnah la Labuuuu..
Mmg dh nyata si lebai Hadi dah nyayok
Bunyi gong punya kuat kata Hudud..Tapi bila sampai kat parliment boleh pulak kata bukan Hudud.
Tak kasihan ka pada walaunta2..dok kafir sana...kafir sini kata dan tuduh kat org tolak hudud...sedangkan yg nak dibawa bukan hudud
Mengong punya lebai2...

Anonymous said...

Bila Ulamak bertegas dalam urusan agama dituduh Ulamak su. Bila Ulamak berlonggar dalam urusan agama dituduh pulak ular dalam semak. Jadi dengan kata lain ulamak yang tulen adalah orang Islam yang mengutuk ulamak ni. Islam tu bagi mereka kena ikut acuan keperluan hidup diorang... Tapi seronok jugak tengok orang2 Islam sekarang dok syok kutuk Ulamak ni, biar lagi cepat bala datang. Ishk ishk... Diorang ni tak perasan ke, makin ulamak dikutuk makin besar bala yang datang sekarang. Turki Utmaniah tu dah jadi bukti terpampang depan mata, jatuh tersungkur apabila golongan muda meminggir ulamak dan mengangkat sekular sebagai kiblat. Jatuh tersungkur ekonomi... Kalau Malaysia m.mana ya entah2 lagi teruk kot bala bukan setakat ekonomi je. Sbb bukan shj ulamak dipinggir tapi dikutuk dan dihina!. Kafir harbi Dap disanjung orang Islam sendiri walaupun mereka tanpa sensitiviti claim that Hudud isi Quran tu tak sesuai utk orang Islam. Malah selepas tu siap ada kumpulan Islam wujudkan parti yang "konon"nya parti Islam untuk membela Dap. "Konon"nya untuk mentarbiah... Ish ish... Kaum Cina bolehlah dan waimah wajib ditarbiah, tapi bukannya parti... especially kepada parti yg jelas perjuangannya kearah sekular. Kalau parti itu yang nak ditarbiahkan, maka jadilah mcm Pan... objektif KEMENANGAN akn menjadi lebih penting drpd prinsip Islam sendiri sehingga mereka sendiri pulak yang ditarbiahkan oleh Dap untuk buka parti "konon" Islam yang baru. Akhirnya siapa tarbiah siapa pun tak tahu...ada jugak persoalan drpd sesetengah kawan mengapa Pan still ada pengikut walaupun jelas pembentukan Pan itu hanya untuk gunakan nama Islam bagi menarik sokongan orang Islam? Saya cakap itu perkara biasalah...sedangkan ajaran sesat pun ada pengikutnya, inikan pula ideologi politik....
RUU tu sendiri untuk kepentingan syariah. Tanpa perlu melihat siapa yang usulkan, semua umat Islam pada dasarnya wajib menyokong. Tapi nak wat camana, baru hendak perkasakan mahkamah syariah dah ditentang, kalau Hudud lagi teruklah gamaknya...

Anonymous said...

Tak perlu nak tulis panjang2 tapi merapu. Nak bukti perjuangan Hadi dan lebai2 Pas ikhlas utk Islam kuatkuasakan ruu 355 dan hudud utk ahli2 dan walaun2 Pas dulu. Tunjukkan pd seluruh rakyat Msia keadilan dan keindahan undang2 Islam yg Pas hebohkan selama 60tahun.

Cakap biar serupa bikin kalo tk mahu org panggil lebai2 Pas ularmak suu munafik peralatkan agama.

Timnajib Jomfikir said...

Kencing berdiri ataupun duduk.
PAS kaki kencing dan suka kena kencing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails