Saturday, November 05, 2016

2 Lelaki Tempatan, Seorang Jurutera Ditahan, Tidak Sempat Sertai Daesh


ANGGOTA polis lengkap bersenjata mengiringi seorang jurutera (dua dari kanan) yang ditahan semasa cuba menyertai Daesh pada 30 Oktober lalu.


KUALA LUMPUR – Hasrat dua lelaki tempatan untuk menyertai perjuangan kumpulan militan Daesh di Syria tidak kesampaian apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa Turki sebaik tiba di Istanbul pada 28 Oktober lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri­ Khalid Abu Ba­kar ber­kata, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 29 tahun itu disyaki sedang dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Daesh selepas direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamed Jedi iaitu rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan pengganas berkenaan.
Terdahulu, Khalid ber­kata, siasatan pihak­nya mendapati, kedua-dua suspek telah bertolak ke Bangkok, Thailand dari Butterworth, Pulau Pinang menaiki kereta api pada 23 Oktober lalu sebelum mereka berlepas ke Abu Dhabi menaiki pesawat.
“Selepas itu, mereka telah me­naiki pesa­wat ke Istanbul, Turki pada 28 Oktober. Sebaik tiba, kedua-dua suspek telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa negara itu sebelum mereka diusir pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.
“Menerusi maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Turki, sepasukan anggota dari Bahagian Counter Terro­rism Cawangan Khas Bukit Aman kemudian telah melakukan tangkapan terhadap kedua-dua suspek sebaik mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails