Friday, November 04, 2016

18,000 Dikerah Kawal Demonstrasi Aman Di Jakarta Hari Ini..


 REUTERS - Habib Riziek menyatakan tunjuk perasaan yang berlangsung hari ini akan diadakan secara aman.
JAKARTA – Polis Indonesia mengerahkan kereta perisai dan anggota pasukan keselamatan bersenjata ke Jakarta menjelang tunjuk perasaan penduduk Islam hari ini kerana membantah Gabenor beragama Kristian daripada etnik Cina, Basuki Tjahja (gambar kecil) Purnama yang didakwa menghina kitab suci al-Quran.
Polis berkata, berpuluh-puluh akaun media sosial didapati ‘menyiarkan kenyataan dan imej provokatif’ dan menggesa orang ramai bertindak ganas atas terhadap Basuki yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok termasuk gesaan membunuhnya.
“Kami menemui ba­nyak kenya­taan bersifat perkauman disebarkan di internet dengan keba­nyakannya bersifat anti-Cina,” kata jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono.
Menurutnya, polis me­ningkatkan rondaan dan pemantauan atas talian menjelang bantahan yang dijadual diadakan hari ini. Katanya lagi, kira-kira 18,000 anggota polis dan tentera akan dikerahkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin agama bagi pihak penganjur demonstrasi itu, Barisan Pembela Islam (FPI) me­negaskan bahawa protes itu akan berlangsung de­ngan aman.
“Ini bukan tindakan anti-Kristian atau anti-Cina,” kata pemimpin FPI, Habib Riziek.
Etnik Cina mewakili le­bih satu peratus daripada 250 juta rakyat Indonesia.
Pada kebiasaannya, masyarakat Cina Indonesia tidak menyertai bidang politik, namun Ahok sudah lama menjalinkan hubu­ngan erat dengan Presiden Joko Widodo.
Beliau merupakan Timbalan Gabenor Jakarta ketika Joko menjadi Gabenornya dan meme­gang jawatan itu apabila beliau berundur pada 2014 untuk bertanding jawatan Pre­siden Indonesia. – Reuters

Habib Rizieq minta malam ini Ahok segera tersangka dan ditangkap Rizieq Shihab diperiksa Bareskrim Polri (polis) sebagai saksi ahli atas kes dugaan penistaan agama dilakukan Basuki Tjahaja Purnama  (Ahok). Dia berharap Ahok malam ini segera ditetapkan sebagai tersangka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails