Friday, November 04, 2016

Bongkar! Lagi Akui Terima Dana Soros. Malaysiakini Pula..


jamal

AKHIRNYA pentadbir laman portal propembangkang Malaysiakini mengakui ada menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros yang didakwa cuba meruntuhkan kerajaan Malaysia.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos ketika mengetuai kumpulan Baju Merah mengadakan perhimpunan aman di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Beliau kemudian bertemu sendiri pihak pengurusan portal tersebut dengan disambut Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan; Ketua Pengarang, RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia, Jimadie Shah Othman.
“Alhamdulillah, kami telah mendapatkan penjelasan, disaksikan pihak media, (mereka) mengaku ada pernah terima sumbangan tersebut, (mereka) kata telah memberikan penjelasan menerusi laman web tersebut sendiri.
“Itu yang kita hendak dengar, bukan berapa banyak duit yang (mereka) dapat, tetapi sejauh mana hubungan dengan pihak penyangak (Soros),” kata Jamal semasa ditemui media selepas pertemuan itu berakhir pukul 3.30 petang.
Terdahulu, Jamal dengan kira-kira 100 penyokong berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysiakini ekoran pendedahan ada menerima dana antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) diasaskan Soros.
Sebelum pertemuan itu, Jamal mengugut ‘meruntuhkan’ bangunan Malaysiakiniekoran protes terhadap portal berkenaan pernah menerima bantuan kewangan OSF dimiliki Soros yang juga hartawan terkemuka Yahudi.
“Kita tidak mahu melihat sistem keamanan yang kita kecapi sekian lama ini akhirnya terkubur kerana media-media tertentu memberikan liputan yang berat sebelah, fitnah dan tidak betul. Kami beri masa sehingga 5 November.
“Kalau tidak, NGO seluruh negara akan buat bantahan secara besar-besaran dan sekurang-kurangnya 20,000 orang sedia turun. Malah kami akan memastikan sebahagian bangunan portal ini pun akan runtuh,” katanya.
Sementara itu, Jimadie menjelaskan wang diterima daripada OSF konon hanyalah sebahagian kecil, dan portal itu tidak bergantung sepenuhnya kepada dana berkenaan sebaliknya kebanyakan datang daripada sumber iklan.
“Untuk berita bahasa Inggeris, langganan daripada pembaca itulah sumber pendapatan kami. Kami tidak nafi, memang ada KiniTv terima dana tetapi dalam jumlah sedikit dan dana itu juga untuk berita berkaitan Sarawak.
Malaysian-Bar
Dalam pada itu, jawatankuasa kecil bawah Majlis Peguam Malaysia turut mengaku menerima bantuan kewangan daripada Soros melalui OSF tetapi mendakwa ia bagi menjalankan penyelidikan mengenai pekerja asing di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Migran, Pelarian dan Imigresen majlis tersebut, Datuk M. Ramachelvam berkata, mereka memang ada menerima AS$15,000 (RM53,757.13) tahun lepas bagi membiayai projek yang sedang berlangsung.
“Saya mesti menjelaskan wang itu tidak digunakan untuk biayai kos operasi dan pentadbiran Majlis Peguam atau jawatankuasa,” katanya kepada portal FMT susulan pendedahan oleh laman antarabangsa terkenal DC Leaks.
Ramachelvam berkata, wang itu digunakan membayar penyelidik, jurutranskrip, pengulas, rundingan dengan pihak berkepentingan dan perbelanjaan luar jangka terhadap kajian pekerja asing dan amalan buruh baik di Malaysia.
Beliau berkata pada masa lalu jawatankuasa itu mendapat bantuan kewangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan bekerjasama rapat dengan organisasi global seperti Suruhanjaya Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Pada 1 November lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis serta menyerahkan dokumen ‘rahsia’ 24 halaman mengaitkan Malaysiakini dan kumpulan haram Bersih menerima dana rahsia daripada OSF.
Maklumat itu didakwa menunjukkan penglibatan seorang ahli perniagaan tempatan dan Soros membiayai Bersih melalui OSF, dengan niat jahat untuk misi khas menggulingkan kerajaan Malaysia. – Agensi
Hasil carian imej
George Soros lahir Ogos 12, 1930, di Budapest, Hungary dengan nama György Schwartz. Kini beliau menjadi warga Amerika Syarikat. Soros merupakan spekulator mata wang yang terkenal, pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi, dan aktivis politik.



7 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/11/penang-institute-enggan-ulas-tuduhan-terima-wang-soros/

Penang Institute enggan ulas tuduhan terima wang Soros
GEORGETOWN, 4 Safar 1438H, Jumaat – Badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, enggan mengulas dakwaan laman DC Leaks yang mendakwa ia menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari berkata, beliau tidak menyedari mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

“Oleh kerana ini kali pertama ia berlaku, saya tidak menyedarinya dan lebih baik saya tidak mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zairil, yang juga Anggota Parlimen DAP, berkata jika perlu institut itu akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel). –

Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.

Anonymous said...

Adakah matlamat ini menyebabkan PAN Imayam kasih kepada DAP? Mari kita tanya.

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/11/dokumen-bocor-pendedahan-campur-tangan-soros-ke-dalam-politik-malaysia/

Dokumen Bocor- Pendedahan Campur Tangan Soros ke dalam Politik Malaysia

Dokumen laporan yang dibocorkan ini menggariskan minit mesyuarat bertarikh 22 Jun 2015 yang membincangkan strategi-strategi Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki dan didanai George Soros untuk mempengaruhi politik tempatan melalui pilihan raya 2018.
Antara yang menghadiri mensyuarat ini ialah Christopher Stone; Presiden OSF dan Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research, Ibrahim Suffian.
OSF mula berusaha untuk mempengaruhi politik tanah air kita semenjak tahun 2010, setahun selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. OSF meramalkan pilihanraya diadakan pada tahun 2011 tetapi akhirnya ditetapkan pada tahun 2013. Melihatkan kepentingan pilihanraya umum 2013 dan ‘kepentingan peribadi’ George Soros terhadap pilihanraya, maka OSF membuat keputusan untuk meningkatkan usaha agensi-agensi pertubuhannya dalam kerja-kerja dan memanfaatkan rangkaiannya, membawa masuk kepakaran luar dan menjalankan advokasi di Washington DC untuk pilihanraya 2018.
Pemberian dana atau geran dari OSF dilihat sebagai campur tangan yang paling berjaya. Antara pelbagai campur tangan, ini adalah yang terbaik yang dirancang hasil dari pelbagai dialog yang dilaksanakan di dalam negara dan dengan itu mencerminkan keperluan yang dikenal pasti dalam negara.
Sokongan dana OSF untuk penerima dana memainkan peranan penting untuk menggerakkan penyertaan awam dan menyokong usaha masyarakat sivil, tetapi satu hakikat yang tidak boleh diabaikan adalah motivasi tinggi dari masyarakat awam yang menghendaki perubahan terhadap kerajaan turut mengakibatkan penyertaan yang ramai dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sokongan OSF amat berkesan terutamanya terhadap penyertaan belia dengan beratus-ratus ribu belia digerakkan.
Oleh kerana pendedahan negatif oleh pihak media rasmi negara terhadap George Soros dan OSF, program-program yang dirancang OSF berjalan secara rahsia, dengan staf bekerja secara senyap-senyap untuk mengurangkan pendedahan awam. Pengarah South East Asia Institute (SEAI), Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas perhimpunan BERSIH Julai 2011 oleh kerana dilaporkan oleh blog-blog tempatan bahawa BERSIH dibiayai oleh OSF.
MalaysiaKini dan perkhidmatan penyiaran dalam taliannya KiniTV menerima peruntukan khas dari OSF untuk laporan pilihan raya, dengan sokongan berterusan di luar musim pilihan raya.
Untuk pilhanraya 2018 yang akan datang, Ibrahim Suffian merasakan bahawa fokus terhadap Muslim harus ditingkatkan. Berdasarkan pengundian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan usaha reformasi. Dengan elemen etnik yang kuat di Malaysia dalam wacana politik, terdapat keperluan untuk memperluaskan pengaruh di kawasan-kawasan pilihanraya.
Binaifer Nowrojee; Pengarah Asia Pacific Regional Office (APRO), menyatakan dengan kejatuhan pembangkang, bilangan undi akan berpecah jadi usaha-usaha pada masa hadapan adalah untuk mewujudkan satu ‘playing field’ yang jelas dan mengenal pasti pembaharuan dasar yang diperlukan untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
Pendedahan ini memberikan kita satu kefahaman, bahawa terdapat banyak usaha tangan-tangan asing, untuk masuk dan mencaturkan suasana politik dalam negara kita.
Sumber:

Soros.dcleaks.com
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-minutes-show-planned-foreign-intervention-in-polls

Anonymous said...

MESIAKINI ADALAH ANJING KURAP TERNAKAN ZIONIS LAKNATULLAH MAKA TIDAK HAIRANLAH MESIAKINI LAKNATULLAH DAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA SENTIASA MENGHINA, MENFITNAH, MEMBURUK-BURUKKAN, MENENTANG DAN MENINDAS AGAMA ISLAM, UMAT ISLAM,ULAMA ISLAM DAN PARTI ISLAM PAS !

DASAR MESIAKINI BABI TERNAKAN KAFIR HARBI DAN LIBERAL !

Anonymous said...

Tapi yang tetap tak laku ialah Harakah...tak lama lagi bankrap. Gaji pun tak boleh bayar. Kesian orang Islam yang kerja di Harakah.

Anonymous said...

Muka Jamal Tongkol ni sebijik macam Presiden PAS yang kerjanya membodek JibMah dan suka makan dedak UMNO.

Anonymous said...

Sedangkan Ngo pun disupport soros, yahudi, dll ...Dap parti politik tu pulak entah2...?aduh... tapi...Walaupun ragu dan dah tak percaya sgt kumpulan Pan&Dap tapi demi mempertahankan ego aku tetap akan sokong Pan..!! Malulah beb takkan dah silap nak patah balik...sorrylah...sbgai orang awal menyokong Pan mestilah aku nak mengejar pangkat dan seniority bila parti ni matang nanti...barulah mencontohi punca Pan ditubuhkan tu sendiri ditubuhkan. Klu tak, buat apa aku jadi pengikut klu tak mencontohi sejarah pertubuhannya yg menarik itu.
Tapikan... jauh disudut hati ni tetap mengatakan yg Dap ni rasanya suci drpd perkara2 sebegini. Sebab Dap tahu adalah berdosa jika makan dedak yahudi...yang tak mengenal dosa pahala ni hanya Pas...
Tapi klu lah iya pun Dap ada makan dedak yahudi, tapi tak dosa la rasanya klu Pan makan dedak Dap kot sbb ianya tidak direct. Yes!! akhirnya keyakinanku bersama Pan kekal walaupun nmpk agak bodoh sikit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails