Saturday, June 18, 2016

Rasuah: Ketua Cabang PKR & Bekas A/Parlimen Ditahan..



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. 

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, bagaimanapun pemimpin parti itu dibebaskan dengan ikat jamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis. 

“Pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengannya secepat mungkin untuk meminta penjelasan. 
“Setakat ini laporan mengenainya masih samar, tak tahu apa sebabnya dan beliau pun masih dalam siasatan jadi kita tak mahu membuat penilaian awal,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada masa sama, Tian Chua menggesa supaya SPRM menjalankan tugas dan menyiasat kes ini dengan telus tanpa mengaitkannya dengan pilihan raya kecil (PRK). 

“Jika penahanannya dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan calonnya ia akan dilihat sebagai bersifat politik,” katanya. 

Ditanya bilakah pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengan Manickavasagam, katanya mungkin selepas PRK. Beliau berkata, pimpinan tertinggi parti tidak akan menutup sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana ahli atau pemimpin parti itu. 

Pada Rabu, dilaporkan bekas ahli parlimen PKR itu didakwa kerana menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor. 

Sumber mendedahkan Manickavasagam turut disiasat kerana didakwa menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa Orang Kurang Upaya. – mstar

4 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/09/perkaitan-dengan-nizar-keluarga-dap-perak-husam-diminta-tampil-membuat-penafian/

Perkaitan Dengan Nizar & Keluarga DAP Perak, Husam Diminta Tampil Membuat Penafian

IDCNews – 09/11/15 –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Salor, Datuk Husam Musa diminta tampil membuat penafian peranan beliau di sebalik pelantikan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dengan keluarga DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming

“Nizar minta Husam bagi tanah pada dua sepupunya dari DAP, sebagai kontra jawatan MB Perak? Mula-mula Husam tolak, tapi akhirnya, ubah minit mesyuarat dan bagi tanah di Kelantan untuk balak pada dua sepupu itu, kata RPK.

“Amacam, Nizar nak nafikan? Husam boleh nafikan dakwaan RPK? Dakwalah RPK di Mahkamah. Ini kisah bulan April lalu…..tapi sekarang sudah nampak relevannya,” ulas facebooker pro PAS, Norani AbgMarzuki BangiKuching.

Menurutnya tindakan Husam telah mengecewakan almarhum Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan ketika itu.

“TGNA kecewa dgn sikap Husam. Padanlah TGNA tak mahu namakan Husam sebagai pengganti MB Kelantan tapi TGNA tak mahu buka pekong yang ada kurap, panau, dan kudis pada Husam….dia diamkan aja dulu…..

“Hari ini selepas TGNA tidak ada lagi, Husam mengganas menjadi liabliti kepada PAS dan kerajaan Kelantan,”ulasnya lagi.

Norani AbgMarzuki BangiKuching membuat ulasan itu sebagai respon komentar Lim Sian See bertarikh 4 April berkaitan dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perkaitan dengan Husam, Nizar dan keluarga sepupu DAP Perak.

Ia merujuk kepada cerita di sebalik tabir sebelum Nizar dinobatkan sebagai MB Perak selepas Pilihan raya Umum ke-12 (PRU 12)

Anonymous said...

Sambungan Dari Diatas

Petikan komentar Lim Sian See seperti berikut :

Keadaan menjadi lebih rumit, apabila DAP memenangi 18 kerusi di Perak berbanding hanya PKR-7 dan PAS-6. Masalahnya ialah, DAP tidak mempunyai calon Melayu – semua 18 adalah bukan Melayu – jadi DAP tidak boleh mengambil jawatan MB. PKR pula tidak mempunyai sesiapa yang sesuai dari 7 ADUN untuk menjadi MB.

Jadi tugas itu dengan berat hati diberikan kepada PAS walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi berbanding PKR 7 dan DAP 18. Dan Nizar Jamaluddin dari PAS itu telah dipilh sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Anwar betul-betul tidak berpuas hati dengan perkara ini. Dia masih mahu (partinya) menjawat tugas MB. Tetapi PKR tidak mempunyai mana-mana calon yang sesuai. Jadi Anwar mengambil keputusan untuk mencuri salah satu daripada ADUN UMNO, YB Nasaruddin Hashim.

Anwar termakan Nasaruddin untuk menyertai PKR dengan janji bahawa beliau akan dilantik sebagai MB baharu bagi menggantikan Nizar. Jadi Nasaruddin pindah.

harapan Nizar untuk menjadi MB sudah boleh dihitung hari. Tetapi ia tahu untuk menjadi MB Perak bergantung kepada DAP dan bukan PKR. Jadi dia cepat-cepat ‘kowtim’ dengan kedua-dua sepupu DAP, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, panglima perang DAP Perak. (Ingat pada peringkat ini, Uncle Lim Kit Siang memboikot Nizar dan menyeru supaya DAP memboikot pelantikan Nizar)

Nizar kemudian bertanya Husam Musa, anak didik MB Kelantan, Nik Aziz dan pengganti jawatan dalam penungguan, untuk memberikan sebidang tanah balak di Kelantan kepada kedua-dua sepupu DAP itu.

Ini sudah tentu akan menambat sokongan mereka dan menghalang langkah Anwar untuk menggulingkan Nizar dan menggantikannya dengan Nasaruddin daripada UMNO.

Exco Negeri Kelantan bagaimanapun menolak permohonan untuk memberikan kedua-dua sepupu DAP konsesi balak itu. Husam kemudian mengubahsuai minit mesyuarat (kerajaan negeri) itu dan memberikan sebidang tanah kepada kedua-dua sepupu DAP Perak itu.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Nik Aziz dan Tok Guru sangat resah. Tetapi jika ia menterbalikkan semula keputusan itu maka penglibatan Husam dan dua sepupu akan terdedah. Ini akan mencetuskan krisis dalaman PAS, juga krisis antara PAS dan DAP, mungkin dengan PKR dan Anwar juga apabila mereka mengetahui bahawa PAS checkmated mereka dengan ‘membeli’ DAP.

Apabila Nasaruddin mengetahui dia tidak akan menggantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak, dia kembali semula kepada UMNO dan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu, dan seorang ADUN DAP, Hee masing-masing meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘bebas’.

Dan ini yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Selepas itu, Nik Aziz menjauhkan dirinya daripada Husam. Tok Guru berasa amat sakit dengan sikap Husam yang telah mengkhianatinya itu.

Dan sebab inilah mengapa hari ini Husam bukan MB Kelantan dan tidak dilantik kembali menjadi exco kerajaan negeri Kelantan. Ini juga sebab mengapa Husam adalah persona non grata di Istana Kelantan. Dan sebab inilah mengapa Husam begitu garang menentang MB Kelantan baharu sekarang ini-seseorang yang dilihat telah mengambil alih jawatannya

Anonymous said...

Kalau dah bersalah tangkap bicara saja. Jgn cuba cover2 dgn ayat2 Al Quran dan Hadis mcm parti penjual agama. Sendiri buat salah sendiri tanggung.

Anonymous said...

Salah tetap salah. Tak kira lah siapa dia. Yang lain tu tak perlu lah nak tunjuk bagus. Diri sendiri mau jaga. Orang kubur lain kita kubur lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails