Wednesday, June 15, 2016

Kepala Siapa Ini? Ditemui Di Jolo..

Post Pic

ZAMBOANGA CITY: Satu kepala ditemui di Jolo, Sulu pada Isnin malam, lebih lima jam selepas kumpulan Abu Sayyaf mendakwa ia telah memenggal kepala salah seorang tebusannya, warga kanada, Robert Hall.

Ketua Polis Jolo, Superintenden Junpikar Sittin berkata, kepala itu diletakkan di dalam sebuah beg plastik yang ditemui pada kira-kira pukul 9 malam di Jalan Sanchez dekat Katedral Carmelite di Jolo.

"Pada awalnya, anggota kami fikir ia merupakan bahan letupan, tetapi apabila Soco (Pasukan Operasi Lokasi Jenayah) memeriksa beg plastik tersebut, terdapat kepala seorang lelaki kulit putih," kata Sittin kepada Philippine Daily Inquirer menerusi panggilan telefon.

"Saya tidak boleh terus menyatakan ia (kepala) adalah milik Hall, tetapi berdasarkan gambaran, ia seperti yang digambarkan," katanya. – The Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails