Keempat-empat mangsa terbaharu itu didakwa diculik di perairan Sulu pagi ini.

Kumpulan penculik yang belum dikenal pasti itu dikatakan melarikan mangsa terbabit ke perairan Sitangkai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu.

Kes berkenaan dilaporkan oleh sebuah portal Filipina, ABS-CBN News yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.

Bagaimanapun, buat masa ini, pihak berkuasa Malaysia belum dapat mengesahkan kebenaran laporan portal berita berkenaan. (IH/Utusan)