Wednesday, June 08, 2016

Rakyat Switzerland Tolak Usul Gaji Percuma RM10k Sebulan



ORANG ramai melihat keputusan awal pungutan suara UBI di sebuah skrin besar di Bern, Switzerland kelmarin. - Agensi

GENEVA – Rakyat Switzerland menolak satu usul radikal untuk menyediakan jaminan pendapatan kepada seluruh penduduk negara itu termasuk penganggur dan kanak-kanak.
Keputusan pungutan suara kelmarin mendapati, 76.9 peratus pengundi menentang cadangan menyediakan pendapatan asas tanpa syarat (UBI) kepada setiap rakyat warganegara Switzerland dan rakyat asing yang tinggal secara sah di negara itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun
Penyokong inisiatif itu memberi alasan bahawa UBI dapat membantu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang sosial di negara itu ketika pekerjaan bergaji lumayan semakin sukar didapati.
Aktivis-aktivis di belakang usul itu telah mencadangkan bayaran gaji bulanan sebanyak 2,500 Swiss Franc(RM10,484) kepada setiap penduduk dewasa dan 625 Swiss Franc(RM2,621) untuk kanak-kanak.
Jumlah itu bagaimanapun belum mencukupi bagi menampung kos hidup di Switzerland yang mana purata pendapatan bulanan rakyatnya melebihi 6,000 Swiss Franc (RM25,163).

 People cast their ballots during a vote on whether to give every adult citizen a basic guaranteed monthly income of 2,500 Swiss francs ($2,560), ...
Idea UBI yang mencetuskan perdebatan hangat di Switzerland dan luar negara bermula di beberapa daerah dalam wilayah Jura dan Vaud, manakala sebahagian kejiranan di Geneva dan Zurich turut mengundi menyokong usul itu.
Namun, secara keseluruhan, rakyat Switzerland menolak cadangan tersebut yang turut ditentang oleh kerajaan dan hampir kesemua parti politik tempatan.
Seorang pensyarah sains politik di Universiti Lausanne memberitahu agensi berita RTS bahawa rakyat Switzerland bersikap realistik dalam menilai UBI.
Sebelum ini, ramai pengkritik mengecam pelan itu sebagai impian komunis. Mereka memberi amaran, kos sara hidup akan melambung dan rakyat akan berhenti kerja beramai-ramai sekiranya inisiatif itu dilaksanakan.
Pihak berkuasa pula menganggarkan bajet tambahan 25 bilion Swiss Franc (RM104.8 bilion) diperlukan bagi membiayai UBI sekali gus memaksa kerajaan memotong perbelanjaan lain dan menaikkan cukai.
Pungutan suara kelmarin diadakan selepas aktivis-aktivis reformasi berjaya mengumpulkan lebih 100,000 tanda tangan bagi membolehkan pengundian dilakukan berdasarkan amalan demokrasi secara langsung di Switzerland. – AFP

2 comments:

Anonymous said...

Kat Switzerland Gomen pusat tak da skandal billion2
Kat Switzerland Ketua Menteri Pembangkang tak beli rumah terlajak murah dan buat kaji selidik 300 juta

Itu kat sana
Kat SIni BN = Pakatun Haramjadah. Dua2 kebuloq duit



Maksudnya PAS dipihak yg benar


Anonymous said...

Yaa betull...PKR kebuluq sek he he he...PAN kebuluq amoi ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails