Tuesday, June 07, 2016

Berontak Tak Pakai Coli Ke Sekolah, Undilah PAS!

bra1

AKIBAT bengang ditegur pengetua sekolah kerana tidak memakai coli, seorang pelajar Sekolah Tinggi Helena, Montana, Amerika Syarikat melancarkan ‘mogok’ bersama rakan-rakannya yang lain, baru-baru ini.

Sesi mogok itu melibatkan sekumpulan pelajar wanita yang datang ke sekolah tanpa mengenakan coli bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Kaitlyn Juvik.
Kaitlyn turut mempertahankan tindakannya tidak memakai coli dengan memuat naik gambar baju yang dipakai sehingga menerima teguran daripada pihak pengurusan sekolah di laman sosial miliknya.
“Jika sesiapa berasa curiga, inilah baju yang saya pakai sehingga dipanggil pengetua. Ia tidak jarang dan bersesuaian (untuk dipakai ke sekolah), anda tidak boleh meneka saya tidak memakai coli atau tidak sekiranya tidak merenung tajam ke arahnya.
“Saya cukup pasti saya tidak melanggar apa-apa etika berpakaian ke sekolah,” tulisnya.
bra
Sementara itu, menurut pengetua sekolah berkenaan Steve Thennis, ada seseorang di sekolah yang mengadu perkara itu sehingga menyebabkan pelajar berkenaan dipanggil menghadapnya.
“Bukan tugas saya untuk memeriksa pelajar pakai pakaian dalam atau tidak. Tugas kami adalah meminta mereka pakai pakaian bersesuaian dan jika tidak senonoh, tidak kira pelajar lelaki atau perempuan pihak sekolah akan minta mereka menukar pakaian lebih sopan,” katanya.
Kaitlyn ketika ditemuramah pihak media mendakwa, dia berasa tersinggung apabila diminta berpakaian sopan kerana tidak termaktub dalam peraturan sekolah pelajar tidak dibenarkan tidak memakai coli ketika hadir sesi persekolahan.
“Saya berasa tersinggung bila ada orang yang tak selesa hanya sebab saya tak pakai coli. Ini adalah tubuh saya dan saya tak faham kenapa ada orang lain yang tak selesa,” katanya.
Disebabkan itu, Kaitlyn dan dua rakannya menubuhkan laman Facebook ‘No Bra No Problem’ bagi membantah diskriminasi ke atas pelajar perempuan dan ‘menghalalkan’ pelajar ke sekolah tanpa memakai coli.
Setakat ini, page tersebut telah menarik perhatian 300 pelajar.
Sebagai tanda sokongan terhadap Kaitlyn, sekumpulan pelajar lelaki dilaporkan turut memakai coli ke sekolah.
Sebilangan ibu bapa pelajar melaporkan perkara ini kepada pihak polis namun mereka dimaklumkan pelajar-pelajar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara didik pelajar di negara sekular di barat. Di Malaysia mugkin belum berlaku lagi, tetapi percayalah selagi dibiarkan parti sekular memerintah Malaysia, samada parti orang Islam (tetapi bukan parti berdasarkan Islam) atau parti pimpinan bukan Islam seperti DAP dan lain-lain, perkara-perkara seperti di atas tidak mustahil akan berlaku.
Undilah PAS di PRK di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

8 comments:

Anonymous said...

undi pas sama mcm undi umno.

pas dah jadi umno. dlm kempen tak sebut pun pasal gst, najib rompak rm2.6bil, pasal najib jual kilang letrik pd sykt Tanah besar cina, tak komen pun pasal sykt cina buat projek besar di Johor.

tp dlm kempen asyik hentam Amanah dan DAP. knp tak hentam umno yg bertahaluf siyasi dgn CINA MCA, INDIA MIC, PPP, dan pelbagai parti kristian di Sabah serawak???

OOOOO... lupalak... pas letak calon kapir disarawak...

Imran Awan said...

thanks and I watched its video.

Anonymous said...

Anon 3:53 PM menulis undi pas sama mcm undi umno. pas dah jadi umno. ....bla...bla...bla

JAWAPAN KITA:

Seperti badut-badut roket yang lain, Anon 3:53 PM telah menghina otaknya sendiri dengan menulis komen berunsur fitnah terhadap parti Islam PAS!

FAKTA: UMNO dan PAS adalah berbeza kerana parti PAS adalah parti Islam dan UMNO adalah parti sekular. Kedua-dua parti ini mempunyai objektif dan matlamat yang berbeza maka tidak wujud kerjasama antara PAS dan UMNO dan PAS bukan barua UMNO!

Sepatutnya Anon 3:53 PM berfikir mengapa majoriti orang Sarawak menolak parti roket dan sekutu-sekutunya dalam PRK 2016 di Sarawak. Sebenarnya rakyat telah hilang kepercayaan terhadap parti roket dan kuncu-kuncunya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/

KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP

SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.

Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.

Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.

Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).

Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.

Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.

Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.

Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapan.

Anonymous said...

Ajaran Mengagungkan Roket oleh AyahPAN kerajaan Khadam

Anonymous said...

AHLI PUN TAK YAKIN KALAU DIA BERTANDING!!!

Haduhai!!! Apa la malang sungguh nasib Si Mat Sabu ni ye. Sibuk sangat dia berkempen memburukkan orang lain dengan melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang tak boleh menang.

Tapi hakikatnya, dia sendiri pun kalau bertanding belum tentu boleh menang. Malah, dikalangan ahli parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu sendiri pun tak yakin dia boleh menang.

Parti itu sebelum ini telah membuat keputusan untuk memilih Si Mat Sabu ni sebagai calon yang mewakili Pakatan Haprak tu sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Namun, nama Si Mat Sabu ni tidak terpilih dan telah digugurkan daripada menjadi calon semasa keputusan penamaan calon didedahkan sebelum ini.

Sebaliknya, nama lain yang muncul untuk mengantikan Mat Sabu, calon tersebut adalah profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli.

Mungkin ahli PAN juga tidak yakin dengan kebolehan Mat Sabu kerana masih ada calon lain yang lebih layak atau Mat Sabu yang kurang bijak untuk menjadi pilihan ahli parti.

Nampaknya, tak boleh la Mat Sabu nak berlagak jumpa calon PAS untuk merebut kerusi tersebut.
"Kita adakan perbincangan termasuk pandangan-pandangan NGO, mereka kata kalau boleh cari calon bukan bekas pemimpin Pas lawan Pas “, katanya..
Selain itu, dendam Mat Sabu terhadap PAS masih mendalam walaupun tidak menjadi calon, mungkin PAN telah mengatur strategi lain, sebab tu mereka memilih calon lain. Tetapi, berkesan ka untuk parti yang masih baru seperti mereka….?

Penduduk tempatan juga perlu melihat parti yang kuat bagi membolehkan pemimpin berkenaan menunaikan tangungjawab selepas ini. Kalau hanya berlandaskan calon anak tempatan, belum tentu PAN dapat mengalahkan parti gergasi lain yang bertanding.

Jadi, Si Mat Sabu ni kena sedar. Sebelum dia nak membuat dakwaan dan melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang tak boleh menang, kaji diri dia sendiri dulu. Kot kalau dia bertanding sekali pun, belum tentu lagi ada orang nak undi dia sebagai wakil mereka!!!

Semut Hitam at Selasa, Jun 07, 2016

Anonymous said...

Harakah tak laku lagi sekarang di kelantan.....
Balak di curi....penyamun di cari tak jumpa2.....
Pru 3 penjuru di kelantan....
Diumumkan bn perintah kelantan......
Amin....ya...robbal...al....amin....
Syukurr....

Anonymous said...

Dah berpuluh tahun spesis Mat Jenin 6:42 PM mengulangi cerita dongeng penglipur lara dan di akhir cerita Mat Jenin sendiri terjatuh dari pokok kelapa! Oh kesian ! Hahahahahahahaha !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails