Wednesday, June 08, 2016

Gabenor Cina Kristian Jakarta Larang Pelajar Islam Pakai Tudung.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama
JAKARTA – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenali sebagai Ahok (gambar), mengutuk sekolah awam di republik itu yang memaksa pelajar memakai tudung dan menggesa larangan pemakaiannya sebelum bermulanya Ramadan.
Dalam satu persidangan dihadiri 1,700 pengetua sekolah di Jabatan Pendidikan ibu kota ini, Ahok berkata: “Tudung kepala yang mereka pakai kelihatan seperti kain lampin. Saya fikir kain lampin di dapur saya lebih elok.”
“Apabila mereka keluar dari pintu pagar sekolah, mereka menanggalkan tudung sebaik melompat ke atas motor bapa mereka.
“Anda mengajar mereka memikirkan memakai tudung sebahagian moral sebagai Muslim, justeru mereka terus memakainya sepanjang hayat.
Mereka seharusnya memakainya atas kesedaran sendiri, bukan menanggalkannya sebaik meninggalkan pekarangan sekolah.”
Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Ahok berkata beliau tidak mahu disalah anggap sebagai penyokong anti-Islam dan memetik pengalamannya di Belitung sebagai contoh bagaimana pelajar tidak memakai tudung dengan wajar. Kenyataan Ahok bagaimanapun tidak mendapat sambutan.
Bagi Fadia Adhari, yang belajar di sekolah persendirian Islam di ibu kota ini selama enam tahun, di mana dia memakai tudung ke sekolah bersama rakan sekelas, keputusan Ahok mengharamkan pemakaian tudung tidak menyenangkan.
“Saya tidak bersetuju dengan peraturan Ahok kerana ia bergantung kepada sekolah itu sendiri, sekolah perlu terbuka kepada pelajar mengikut fahaman agama masing-masing dan tidak memaksa semua orang memakainya,” katanya, yang kini mahasiswa di Universiti Airlangga di Surabaya.
Ahok dipilih sebagai gabenor pada 2014, selepas penyandang dan kini Presiden, Joko Widodo bertanding sebagai presiden.

Seorang individu kontroversi dalam politik Indonesia, Ahok beragam Kristian, daripada etnik Cina dan tidak dikaitkan dengan mana-mana parti. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pakai tudung adalah pakaian wanita Islam, orang Islam sudah tidak boleh melaksanakan ajaran agamanya sendiri di dalam negara yang umat Islam paling ramai di dunia.
Masih ada puak-puak tertentu yang mengaku parti Islam di Malaysia masih memuji politik Indonesia? Mereka juga berfikiran seperti Ahok itu?

2 comments:

Anonymous said...

Bila lagi tuang lobai ayoh pingg nak nasihat kak mah pakai tudung...belum dpt wahyu ke

Anonymous said...

Inilah akibatnya orang Islam yang bodoh melantik si China kafir menjadi pemimpin Jakarta. Sekarang si kafir itu berlagak sombong menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam di Jakarta! Kita cabar orang Indonesia memecat si kafir itu dan menggantikannya dengan pemimpin Islam !

Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam melantik orang kafir menjadi pemimpin:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. A-li'Imraan 3:28

Umat Islam di negara ini mestilah melantik orang Islam yang mentaati Allah dan RasulNya sebagai pemimpin mereka !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails