Wednesday, June 08, 2016

Lesung Tumbuk Padi, Ayam Kenyang. Video: Istihar Calon PRK SB, A/Hadi & Dr Rani.

Ucapan Penuh TG dan Dr. Abddul Rani Majlis Pengishtiharan Calon PRK Sg Besar


3 comments:

Anonymous said...

Undi pas boleh masuk syurga......

Anonymous said...

Bertanding pilihanraya bukan jadi punahsihat...bahasa mantiknya wal mabuk wal kepala lutut

Anonymous said...

ww.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/

KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP

SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.

Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.

Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.

Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).

Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.

Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.

Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.

Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails