Monday, June 13, 2016

Naikkan Harga Padi & Subsidi, Turunkan % Potongan Kualiti. Dr Abd Rani Akan Bawa Suara Petani Ke Parlimen.



PARTI Islam Se-Malaysia PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkatan pendapatan hasil jualan padi. 

Dengan harga padi semasa RM1,200.00 bagi 1 tan, kenaikan subsidi buat pertama kali sebanyak hanya RM52.00 sejak 25 tahun dan pemotongan dinaikkan 20% menyebabkan hasil pendapatan bersih petani masih kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Justeru, PAS mendesak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkuasa penuh menetapkan harga belian padi dan potongan kualiti padi mempertimbangkan cadangan PAS seperti berikut ; 

1- Kadar Harga Padi dinaikkan dari RM1,200.00 kepada RM1,300 ke RM1,350.00 

2- Kadar Subsidi dinaikkan dari RM300.00 kepada RM500.00 

3- Kadar Potongan kualiti padi diturunkan dari 20% kepada 17% ke 15% Kadar baru yang dicadangkan oleh PAS ini membolehkan petani memperoleh sekurang-kurangnya RM1,500.00 ke RM1,600.00 sebulan. 

PAS menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan secara serius cadangan ini, dan PAS akan terus memperjuangkan suara dan keluhan petani ini ke Parlimen. 

YB Dr Abd Rani Bin Osman 
Calon Anda Parlimen P.093 Sg. Besar

10 comments:

Anonymous said...

PAN KENA HERDIK, TAK HORMAT ORANG TERAWIKH!!!

Seorang lelaki tampil menempelak penganjuran ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di sini yang disifatkan mengganggu dan tidak menghormati umat Islam yang sedang melakukan ibadah solat terawikh semalam.

Lelaki yang dipercayai penduduk Kuala Kangsar itu mengamuk di pentas ceramah tersebut mendesak supaya pihak penganjur menghentikan ceramah mereka serta merta dan memberi amaran supaya tidak diadakan selagi solat terawikh tidak selesai ditunaikan.
"Nak ceramah agak-agak la..! Ceramah... terawikh.. hormat Islam! Terawikh tak habis lagi.. bodoh ke?!
"Selagi tak habis terawikh, jangan mula! Hormat Islam.. semua tengah sembahyang..," tengking lelaki itu, marah dengan sikap parti PAN yang mula ceramah ketika penduduk tempatan belum selesai menunaikan solat terawikh.
Lelaki itu menegaskan bahawa kemarahannya bukanlah disebabkan politik, namun kerana kehormatan agama Islam dan ibadah umat Islam yang seolah tidak dipeduli PAN yang sibuk berpolitik.

Katanya, PAS dan Barisan Nasional hanya memulakan kempen ceramah mereka selepas umat Islam selesai menunaikan solat terawikh, namun berbeza dengan PAN yang berceramah ketika ibadah tersebut belum selesai.
"PAS ke, BN ke, semua ceramah (lepas) habis terawikh. Ini PAN.. tolong hormat... ini bukan kira parti, tapi ini kira agama. Lepas terawikh, (PAN) nak melalak ke nak memekak ke itu terpulang," katanya meluahkan rasa marah terhadap sikap PAS tersebut.
Turut diherdik pemuda itu ialah beberapa hadirin beragama Islam dipercayai penyokong PAN dan PKR yang turut berada di lokasi ceramah berkenaan yang dipercayai berlangsung di Taman Sri Emas.

Semut Hitam at Khamis, Jun 09, 2016

Anonymous said...

Semakin banyak papan iklan yang menyerang PAS dan BN mula muncul di kawasan penduduk majoriti Cina di Sekinchan pada hari keempat kempen pilihan raya kecil bagi merebut kerusi parlimen Sungai Besar.

Antaranya, sebuah papan iklan yang mengabungkan wajah Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, Ketua MCA DS Liow Tiong Lai dan Presiden UMNO DS Najib Razak sebagai tiga kembar Siam. Papan iklan kontroversi yang menghentam PAS dan BN di Sekinchan ini telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP. Ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua. Baca Malaysiakini, di sini.

Tindakan ini merupakan satu tindakan desperado daripada PAN dan DAP. Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen. BN sendiri pada tarikh 01/06/2016 telah menurunkan bendera arti yang dipasang tanpa permit kerana menghormati Undang-undang Kecil 4 Undang-undang Kecil Pilihanraya ( MDSB) 2007.

Terdapat 12 kawasan di mana notis penurunan bendera telah dikenakan ke atas BN dan BN tetap akur dengan undang-undang. Bahan kempen yang dipasang oleh PAN (baca DAP) di Kawasan Sekinchan jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya dan Tatatetika Pilihanraya iaitu;

7.2 Tidak boleh mempamerkan, memberikan atau mengedar bahan kempen kepada orang ramai melainkan setelah mendapat permit daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri dan telah membayar wang deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri;

7.6 Hanya bendera, poster dan kain rentang serta bahan bercetak seperti risalah dibenarkan. Penggunaan billboard untuk pameran bahan kempen tidak dibenarkan. Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang. Slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang mempunyai apa-apa unsur sindiran dan mengejek sama sekali tidak dibenarkan;

(b) Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan, kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama;

(c) Tidak boleh memasang dan mengibarkan bendera parti yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan;

(b) Tidak berlaku apa-apa bentuk kecaman ke atas hal ehwal peribadi mana-mana calon, pemimpin atau anggota parti politik di khalayak umum yang mempunyai unsur-unsur tohmahan, fitnah ataupun tuduhan yang tidak berasas;

Tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengarah SPR Negeri yang mengarahkan pegawainya membuka atau membuang bahan kempen oleh PAN (baca DAP) yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, semalam.

Anonymous said...

http://khairulryezal.blogspot.my/2016/06/adun-sekinchan-ng-sue-lim-mahu-minum.html

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim Mahu Minum Arak Sampai Pecah Perut #PRKSgBesar #SCS93

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim dari DAP membidas Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang didakwanya menimbulkan kekecohan berhubung rancangan meraikan kemenangan parti PAN dalam PRK Sungai Besar dengan meminum arak.

Ng, bagaimanapun, berkata, rancangan minum arak itu hanya akan berlaku jika parti PAN menang dalam persaingan tiga penjuru itu.

Anonymous said...

kHALID Samad yg sekarang ini pemimpin PAN telah bersetuju dgn Pesta Arak Oktoberfest 2014.
Kerana sifat SPORTING dari PAN inilah DAP tanpa segan silu akan membikin Pesta Beer jika PAN menang. Pesta Beer adalah cara DAP menunjukkan kesyukuran atas kemenangan PAN

Wahai Penduduk Kuala Kangsar dan SUngai Besar, Timbalan Mufti Perak sudah membidas sifat dan sikap huduh Khalid Samad AL Wali-PAN pada tahun 2014.

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/pan-makin-bongkak-jika-menang-prk-kata-ridhuan-tee/

PAN makin bongkak jika menang PRK, kata Ridhuan Tee


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin –“Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan ultra kiasu dalam mencampuri hal ehwal Islam, mereka mesti dibenamkan supaya tidak boleh bangun lagi. Mereka ini seperti parasit.”

Merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN), penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, PAN mesti dibenamkan buat selama-lamanya daripada terus menguasai mana-mana kawasan, termasuk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak lama lagi.

“Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada PAN dan pakatan harapan kerana ini akan menjadi mereka semakin bongkak.

“Hari ini, pakatan harapan amat bongkak kerana mereka terlalu yakin semua Cina yang lebih kurang 30 peratus akan mengundi mereka. Dengan sedikit tambahan undi Melayu, hasil usaha PKR dan Ikram, mereka yakin boleh menang.

“Saya tidak nafikan, menang atau kalah, PAN atau PH pasti akan beri berbagai-bagai alasan bagi menutup maruah mereka. Namun, jika mereka kalah, sekurang-kurang PH tidak boleh mendabik dada atau berkokok,” katanya dalam tulisan terbarunya di Sinar Harian bertajuk ‘Jangan biar Islam dipijak’.

Untuk itu, Ridhuan Tee berkata, strategi mesti dirancang jika tidak mahu PAN menang dengan mengamalkan politik matang.

“Apa yang boleh dilakukan? Jika dalam tempoh berkempen ini, UMNO dan PAS berasakan kemenangan bukan milik salah satu daripada mereka, cadangan saya, korban satu. Sama ada PAS atau UMNO yang menang.

“Jika resipi politik matang ini berjaya, pilihan raya umum akan datang, pasti milik umat Islam. Kita mesti bertindak untuk mengecutkan telur ultra kiasu. Jika tidak, pengaruh PAS atau UMNO akan semakin terhakis. Pertarungan dua PRK menentukan corak politik akan datang,” katanya.

Ridhuan Tee yang sentiasa lantang mempertahankan Melayu dan Islam berkata, UMNO dan PAS perlu hadam betul-betul apa itu politik matang.

“Kenali siapa sebenar musuh kita. Negara ini mesti diselamatkan daripada perancangan busuk ultra kiasu. Jika ultra kiasu merancang untuk membenam kita, apakah kita perlu berdiam diri dan terus bersangka baik?

“Amat malang umat Islam berada dalam keadaan rugi di mana jua berada. Terlalu berkorban sehingga terkorban. Berbanding ultra kiasu. Dalam BN makan, dalam PH (PR) lagi kuat makan. Luar dalam makan belaka.

“Bagaimana pula dengan nasib Melayu? Apa yang dibuat, semua tak kena. Amanah menyindir Pas sebagai pendekar Mustar kerana berpakaian Melayu dan bertanjak dan berkeris ketika AGM. Ultra kiasu yang membelah paha dan dada tidak pula dikatakan apa-apa. Janganlah jadi PANdir,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/pendirian-isma-dalam-isu-pindaan-akta-355/

Pendirian ISMA dalam isu Pindaan Akta 355

ISMA secara prinsipnya menyokong apa jua usaha kearah memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia.

Dari awal lagi, ISMA menyokong RUU 335 yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Parlimen.

ISMA memahami bahawa tindakan itu tidak mengubah kedudukan undang-undang Islam berbanding undang-undang sivil.

RUU 355 masih tertakluk kepada jadual sembilan dalam Perlembagaan Persekutan yang memperuntukkan bidang kuasa negeri yang terhad kepada mahkamah syariah.

Namun kita menyambut baik usaha tersebut berdasarkan kaedah ‘Apa yang tidak boleh dilakukan semua jangan ditinggalkan semua’.

Usaha masih perlu dilakukan kearah menyelaraskan undang-undang sivil dengan undang-undang Islam atau mengangkat undang-undang syariah lebih tinggi dari undang-undang sivil sejajar dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tugas mendaulatkan Islam kekal menjadi beban tanggungjawab diatas bahu setiap orang Islam yang mukalaf di negara ini.

Namun akhir-akhir ini kita menyaksikan satu peristiwa yang menyentap kealpaan. Satu bentuk ketegangan berlaku antara pihak Islam dan bukan Islam berikutan isu RUU 355.

Ia adalah pertembungan kehendak “iradah” antara pihak yang ingin meninggikan kalimah Allah s.w.t dengan pihak yang mahu mengangkat kalimah kufur.

Kemudian timbul persoalan;
Adakah Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bernaung dibawah kesultanan Islam yang berdaulat sejak turun-temurun memerlukan keizinan kaum kafir untuk ditegakkan diatasnya syariat Allah s.w.t ?

Atau adakah atas kehendak orang lain, Umat Islam tidak lagi merdeka untuk mengibarkan dimana-mana inci dan jengkal tanah warisan ini panji-panji tauhid?

Atau dengan erti kata lain adakah umat Islam di negara ini masih memiliki kemerdekaan iradah dan kehendak untuk merialisasikan apa yang dituntut oleh agama Allah keatas mereka?

Atau mereka sebenarnya telah terkongkong kehendak terbelenggu iradah seperti tawanan di negara sendiri?

ISMA menganggap situasi ini satu bala’ dan hukuman Tuhan yang disebabkan kita telah melencong jauh dari jalan Tuhan.

Kita tidak mungkin dapat melakukan pembetulan atas kesilapan ini kecuali dengan melakukan taubat nasuha dari seluruh umat Islam dengan kembali kepada agama Allah dan bersatu atas taliNya.

Abdullah Zaik Abd Rahman

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Anonymous said...

Salam semua terutama Cik Anonymous (yang asyik menyerang peribadi tu),

Wah, dalam tajuk sebelum ni, korang berhujah sampai 2 - 3 pagi. Tahniah. Tapi jangan taasub ya!!! Saya sengaja pergi tarawih pukul 9.40 malam sebab Cik Anonymous yang taasub tu kata sembahyang tarawih hanya boleh sampai pukul 9.40 malam sahaja, apa punya bodoh, mana nas diambilnya entah.

Semua orang dipertanggungjawabkan apa yang dia dipertanggungjawabkan. Adakah itu bermaksud kalau Nik Abduh melakukan dosa bersubahat dengan Tuan Guru Haji Hadi yang syirik tu, almarhum Nik Aziz juga yang berdosa????

Dalam Islam tiada dosa warisan tak macam Kristian. Sebab tu dosa saya tidak akan ditanggung oleh mak bapak atau keturunan saya sama juga dosa Cik Anonymous membenarkan syirik oleh Haji Hadi takkan ditanggung oleh Mak Bapak atau keturunan Cik.

Sebab tu, kalau tak cukup ilmu agama di dada, belajar dulu cik Anonymous. Cik sebenarnya menyalahi al-Quran HAHAHHAHHAAAAA!!!


Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Cik Anonymous,

Dapat tiket penerbangan percuma ke Neraka Jahanam Cik kata sindiran, bolehkah kita menyindir perkara-perkara yang berkaitan hukum agama!!!

Dato' Ustaz KAzim Elias ditegur oleh Sahibul Samahah Dr. Maza kerana berkata Rasulullah makan roti jala!!!! Mungkin Ustaz KAzim Elias menyindir macam Cik juga tapi bolehkah menyindir dan mempermainkan agama sebegitu???

MAcam tu Haji HAdi pun bolehlah berkata Amanat Haji HAdi yang menyebabkan orang mengkafirkan ahli UMNO 3,000,000 orang tu menyindir!!! Tak ke bangang!!!

Ataupun Haji HAdi kata kalau tak taat PAS hilang akidah sebenarnya menyindir juga. YAng korang dah bermati-matian mempertahankan PAS walaupun dah nampak berbezanya dengan ajaran Islam, TERKENA SINDIRAN, tolonglah jangan sebodoh tu.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Kita bergaduh pasal pindaan RUU Akta 355. Ada orang kata RUU Hudud (bangang jugalah orang tu, Hudud pun tak tahu).

Apakah undang-undang yang ada di dalam Islam???

Hudud, Qisas, Ta'zir, Diyat, Masalih al-Mursalah dan lain-lain lagi.

Di antara korang semua, siapa yang pernah baca pindaan RUU 355 ni???

Kalau ada yang sudah membacanya, apa kaitan pindaan ini dengan Hudud, Qisas, Ta'zir, Diyat, Masalih al-Mursalah dan sebagainya???

Adakah ianya menjurus kepada undang-undang Islam????

Ataupun sebagai jalan untuk Hudud (bangang betul tu, hudud je yang disebut, undang-undang yang lain mana) adakah ianya cukup lengkap???

Sebelum saya nak teruskan lagi hujah saya sila jawab atau komen dulu,jangan macam Cik Anonymous tu kurang cermat, ada ke menyindir dapat tiket penerbangan percuma ke Neraka Jahanam!!!!

Yang Haji HAdi kata tak taat kepada PAS hilang akidah taknak disindirnya pula!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam Cik Anonymous,

Saya nak bertanya 1 soalan je, kalau ada orang lain termasuk daripada PAS dan sebagainya nak tolong jawab silakan.

Nabi Noh a.s mempunyai beberapa orang anak, Sam, Ham, Yafits dan Kan'an.

Daripada Sam lahirlah contohnya bangsa Ibrani, Arab, Lydia dan Suriah (Syiria).

Daripada Yafits lahirnya beberapa keturunan termasuklah Yaajuj Makjuj. Panjang pula cerita. Dah macam kitab sejarah pula.

Saya ringkaskan.

Kan'an adalah anak Nabi Noh yang derhaka. Dalam bible, nama Kan'an sampai tidak disebut sebagai anak kerana derhakanya itu.

Adakah hujah Cik Anonymous yang mengatakan Mak bapak saya dipertanggungjawabkan ke atas saya bermaksud Nabi Noh suami isteri menanggung dosa sebab anaknya yang bernama Kan'an yang MATI KAFIR ITU????

Lain kali cerdiklah sikit, kalau belajar dengan Ulama memaki hamun tak ikut Islam inilah jadinya!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails