Saturday, June 11, 2016

Awas, Baja Ammonium Nitrat Ini Boleh Buat Bom..


REUTERS - Sebuah bas polis yang menjadi sasaran serangan kereta bom di Turki awal bulan ini.

PENGGUNA
ISTANBUL – Turki mengharamkan penjualan baja mengandungi ammonium nitrat yang boleh digunakan untuk membuat bahan letupan susulan beberapa serangan bom kereta awal tahun ini, kata Menteri Pertanian, Faruk Celik semalam.
Tindakan itu diambil selepas 11 orang termasuk enam anggota polis maut dalam letupan bom kereta yang disasarkan ke atas sebuah bas polis di Istanbul pada Selasa lalu. Akhbar tempatan melaporkan bahan letupan itu dibuat menggunakan baja.
“Turki telah mengharamkan penjualan baja yang boleh digunakan sebagai bahan letupan,” kata Faruk kepada stesen penyiaran TRT Haber.
Menurutnya, sebanyak 64,000 tan baja jenis itu telah dirampas setakat ini. Saham pengeluar baja ammonium nitrat juga dilaporkan menyusut lebih tiga peratus di bursa saham Istanbul susulan pengumuman itu.
Katanya, sebelum pengharaman itu, baja dengan kandungan ammonium nitrat boleh dibeli di 9,700 lokasi di seluruh Turki.
Akhbar The Haberturk melaporkan, kerajaan juga merancang mengambil tindakan tambahan dengan mengetatkan kawalan pergerakan baja itu termasuk memasang cip pada pek pembungkusan dan meningkatkan audit terhadap syarikat pengimport.
Pengeluar baja tempatan, Bandirma Gubre Fabrikalari (BAGFAS) dalam satu kenyataan akhbar memberitahu bahawa pihaknya telah menghentikan pengeluaran baja dengan kandungan nitrat.
Turki yang merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara telah menjadi sasaran ancaman pengganas termasuk dua serangan pengeboman berani mati yang diakui dilakukan oleh kumpulan militan Islamic State dan satu serangan militan Kurdis. – Reuters
Sila lihat..
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.

1 comment:

Anonymous said...

Salam pak aji,awat nak bawa budak2 tu pi sampai jauh2 petik buah.negara kita dok kurang orang petik buah sawit,apakata pak aji cari jalan supaya depa ni dapat digunakan dalam negara,duit yang depa dapat pun tak payah bayar levi,dok pulak dengan nak bapak atau anak dan istri.kan jimat.jangan pulak bagi alasan kerja di luar gaji mahal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails