Saturday, November 14, 2015

"Mohon Maaf Atau Saya Saman" - Kata Jamil Khir Kepada Akmal

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
PETALING JAYA: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir diberi tempoh 24 jam memohon maaf secara terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau berdepan tindakan undang-undang.

Menteri itu berkata kenyataan yang dibuat Akmal terhadapnya adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
Akmal yang juga  Ketua Cabang Keadilan Johor Baru mendakwa Jamil Khir telah menyalahguna duit anak yatim dan golongan miskin hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isterinya, main golf dan lawatan ke pusat beli-belah.
"Dakwaan kononnya program saya di Amerika Syarikat (AS) lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.
"Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," katanya dalam satu kenyataan media, Jumaat.

Katanya, menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawabnya selaku menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.
Beliau menjelaskan mengenai kunjungan pada 21 – 29 Mei 2014 sebagai memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaannya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar daripada AS dan Kanada.

Jelasnya, segala perjalanan dan kegiatan rasmi ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

"Saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," tegasnya.

Dalam pada itu beliau sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan dirinya atau agensi di bawah seliaannya.

Tiada apa yang perlu  disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. (mStar)

2 comments:

Anonymous said...


Hanya pemimpin-pemimpin penyamun yang suka membelanjakan wang derma orang ramai untuk bersuka ria di luar negara sedangkan orang ramai menderma wang tersebut untuk anak yatim dan orang-orang miskin bukan untuk pemimpin penyamun. Bahkan mereka menyamun wang rakyat melalui pelbagai cara zalim, kotor dan menjijikkan.

Pemimpin-pemimpin zalim ini sedang khayal dalam kemewahan dunia sehinggakan mereka lupa siksaan kubur dan neraka sedang menunggu kedatangan mereka !

Sesungguhnya kemewahan dunia yang sementara telah menipu sebilangan ostat dan ostazah dan manusia jahil menjadi penyamun yang tamak haloba yang sanggup menjual agama untuk mendapatkan kemewahan dunia yang sementara ini. Sebenarnya mereka telah menjadi hamba nafsu gila yang rakus dan syaitan dan iblis menjadi penasihat mereka!

Mereka lupa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahawa:

"Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan syurga atasnya'." [HR. Muslim No.203].

Anonymous said...

Bikin malu sama bukan islam. Sampai ada yg kata Menteli Agsma pun sapu duit org miskin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails