Saturday, November 14, 2015

Berjalan Bogel 'Pinggang Ke Bawah' Lukisan Ganti Seluar, Ramai Tidak Sedar. Di KL?

SEORANG model berjalan separuh bogel, dari paras pinggang ke bawah di Hong Kong namun tiada seorang pun yang menyedari akan keadaan berkenaan.
Model terbabit, Sandra Bakker hanya mewarnakan dan melukis di bahagian terbabit, seolah-olah seperti memakai seluar jeans. Dia hanya memakai kemeja-t semata-mata.
Di bahagian belakang kemeja-t itu tertulis `No Pants Are The Best Pants’.
sandra1
Dengan hanya memakai kemeja-t dan lukisan seluar, dia berjalan di jalan yang sibuk itu secara selamba dan turut membeli belah.
Malah Sandra turut membeli tiket kereta dan berjalan melintasi seorang wanita, namun tidak dihiraukan.
Hanya seorang lelaki secara sembunyi telah merakamkannya dari belakang ketika Sandra berjalan di bandar yang sibuk itu.
Sandra menetap di Hong Kong dan di situ dia dikenali sebagai pelukis badan dan muka profesional.

Ada kemungkinankah akan berlaku di KL Malaysia, begini?  (IH)

7 comments:

Anonymous said...

TELAH BERLAKU PUN DI SINI....??? sebab rakyat sudah dibebalkan dengan propaganda-propaganda sekular dan liberal hingga hilang keperihatinan terhadap larangan-larangan agama Islam ...ada peraturan atau undang-undang sekular yang melarang..??? tidak ada ....dulu berlaku di ipoh seorang lelaki dengan seorang perempuan berjalan-jalan dalam bandar dalam keadaan separuh bogel....apa tindakan diambil....??? tidak ada tindakan berkesan di ambil...apa yang ada dalam kepala pemimpin kita...?????? yang ada jangan biarkan malaysia ini menjadi negara Islam walau pun pemimpin kita itu beragama Islam............!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Sekarang lagi hebat bro... mereka berbogel tapi nampak seolah2 berjubah dan berserban.... malah tanpa segan silu datang masjid mencerca golongan yang mereka sendiri halau..... kelebihan golongan berbogel tapi nampak berserban ini ialah mereka boleh menyalak babi dalam bukit.... barangkali babi tinggal dalam bukit sebab bukit sudah gondol ditarah oleh makhluk jenis nilah jugak.

IrWrWs said...

Dah tewas aka kalah aka tumbang dlm muktamar dibilang dihalau.. betul ke hangpa ni profesional.. dua penggal mat sabu menang jawatan timbalan presiden x de seorang ulamak pun keluar PAS.. sekarang siapa yg lebih profesional? Ulamak atau yg hanya mengaku profesional?

Anonymous said...

Jika dikalahkan secara demokratik tanpa unsur-unsur keji mungkinlah kemenangan itu boleh dibanggakan dan kekalahan itu boleh diterima. Tapi kemenangan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan tanpa memberi peluang yang didakwa untuk membela diri disamping penggunaan cai cukup menyedihkan bagi parti yang mengaku Islam sebagai landasan perjuangannya.

Jika keadilan kepada ahli parti gagal diberikan, adakah anda pasti PAS mampu memberikan keadilan kepada rakyat jika hudud dilaksanakan? Mungkinkah terjadi keadilan Islam tanpa kasta, jika sekarang pun pendakwaan dan pembelaan gagal dilaksanakan di dalam parti.

Ingatlah Allah melihat, Allah mendengar dan Allah mengetahui pihak mana yang berada dijalan kebenaran dan pihak mana dijalan kesesatan. MAKA JANGAN DITAMBAH KEMURKAAN YANG MENGUNDANG KEBINASAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Anonymous said...

INI BUKAN HALAU KE?... BUKAN LAMA PUN BARU2 NI JE. Patah hujah saja.... halau, patah hujah je halau....

SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' dengan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujar Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindakan tersebut adalah yang paling wajar dilakukan Husam berbanding berterusan mengkritik Hadi secara terbuka bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.

"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya kepada Antarapos.

IrWrWs said...

Ini bukan halau.. ini sarankan aje.. ulamak dan ustaz difitnah bertubi2 hanya kpd Allah mereka mengadu.. kalau2 profesional dikatakan aka dituduh aka direka yg mereka difitnah, kpd DAP tempat mereka mengadu??

Anonymous said...

Bukan keputusan Dewan Ulama pun...tapi hanya keputusan individu yg bernana Mahfodz sahaja....takkan tu pun tak faham?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails