Thursday, December 19, 2013

Raba Tv: Tahniah Turki Bantu Pulihkan Demokrasi Di Mesir.

Konflik Rabaa TV  
Rabaa TV suara sebenar pengikut IM dan penduduk Mesir.

ISTAMBUL - TURKI. Pelancaran saluran televisyen milik penyokong Ikwanul Muslimin (IM), Rabaa TV didakwa mengeruhkan lagi hubungan Turki dan Mesir.

Saluran Rabaa TV yang berpangkalan di Turki itu juga dikatakan berbaur sindiran terhadap sebilangan penduduk Mesir. Media Al Monitor melaporkan kepada agensi, sejak dilancarkan, saluran berkenaan mendapat rating tertinggi.

“Saluran berkenaan digunakan sebagai platform penyampai maklumat oleh IM buat pengikut Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi. Ia juga sebagai satu simbol kebebasan bersuara, penghormatan dan keadilan dalam Islam,” memetik laporan itu.

Laporan menambah, kewujudan saluran berkenaan adalah sebagai pengganti stesen Misr25 yang diharamkan di Mesir ketika penggulingan Mursi Julai lalu. Sementara itu, stesen televisyen rasmi Mesir TV akan menayangkan drama bersiri Cina pertama di negara itu.

Agensi Xinhua melaporkan, Duta Besar China ke Mesir Song Aiguo berkata, pihaknya akan melancarkan drama Jin Tailang  Happy Life yang mempunyai 40 episod dalam masa terdekat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan mengeruh tetapi menjernihkan. Tahniah Turki, itu salah satu cara untuk membantu rakyat Turki memulihkan sistem demokrasi yang sudah mati di Mesir.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 
IKLAN     
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?    

Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...  

 Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.   
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.    Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails