Wednesday, December 18, 2013

Guna Saham Halang Kenaikan Tol. Al-hamdulillah, MB S'ngor Prihatin!



KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

“Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.
“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.

Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.  (HD)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kita dapat seorang MB yang prihatin terhadap rakyat!

IKLAN 
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?
Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat.
Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda!
Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.   
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet. 
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails