Sunday, December 15, 2013

AIM 20: Hafiz Suip..Terbaik.. Hiburan Masih Tak Tentu Arah!


Hafiz Suip

HALAMAN HIBURAN
BUKIT JALIL: Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) menyaksikan penyanyi Hafiz Suip menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.
Anugerah Sri Wirama AIM 2013 diberikan kepada Pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Dr Tony Fernandez atas jasa beliau dalam membangunkan industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Penyanyi Shila Amzah pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kembara AIM 2013 atas kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di luar negara. Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Jawatankuasa Penganjur AIM 20, Rosmin Hashim.

Shila turut menyampaikan dua buah lagu iaitu Zheng Fu dan Masih Aku Cinta pada malam itu. Dalam pada itu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, Lelaki menggondol dua anugerah iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik. Manakala penyanyi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu hasil kolaborasi menerusi lagu Sedetik Lebih.

Dayang turut diumumkan sebagai penerima trofi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta. Lagu Bila Resah yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi itu turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Artis Baru Terbaik pada tahun ini diterima oleh penyanyi indie, Alex Subryn.

Sementara itu, Amy Search masih membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik menerusi Di Bawah Gerbang Skaea. Pemenang album terbaik pada AIM 19, Salam Musik pada tahun ini membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik manakala kolaborasi di antara Goldfish dan Blink telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

AIM 20 dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad. Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Ning Baizura, Afgan, Najwa Latif, Aizat Amdan, Hafi, Zainal Abidin, Mas Idayu, Jay Jay, Datuk Khadijah Ibrahim dan Dayangku Intan. Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 20:
1. Album Terbaik Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip
2. Lagu Terbaik Lelaki - Yuna
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Hafiz Suip - Bahagiamu Deritaku
4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta
5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) Saujana - Salam Atasmu
6. Lagu Pop Terbaik Lelaki - Yuna
7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Sedetik Lebih
8. Kulit Album Terbaik Penglipur Lara - Hazama
9. Rakaman Album Terbaik Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip
10. Video Muzik Terbaik #1 - Pretty Ugly & Altimet
11. Lagu Pop Etnik Terbaik Pahlawan Zafana - Ihab Ismail
12. Lagu Nasyid Terbaik Mawar Berdarah - Rabbani
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik In The House - Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE!
14. Lagu Hip Hop Terbaik Aku Pelat - Salam Muzik Feat Zion Dread
15. Video Muzik Terbaik Pretty Ugly Feat Altimet (Perez Oldskool)
16. Lagu Rock Terbaik Di Bawah Gerbang Skaea - Amy Search
17. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara Hilang Naluri - Once
18. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Bila Resah - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah
19. Anugerah Sri Wirama - Tan Sri Dr Tony Fernandez
20. Anugerah Kembara - Shila Amzah
21. Artis Baru Terbaik - Alex Subryn

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya perjuangan hiburan di Malaysia masih di tahap dulu-dulu, tidak tentu arah!

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
(Untuk Dapatkan, klik gambar)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Kandungan 100% Stevia

HMH STEVIA HERBA. 

Wakil Penjual:
Selangor
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang)

W/Persekutuan
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star), 

Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails