Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membantu penduduk yang terjejas dengan masalah air bermula esok sekiranya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal memberi bantuan bekalan air.

NONEKeputusan itu dibuat setelah SYABAS gagal membekal bantuan bekalan air tambahan tatkala krisis air melanda kata exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"PBT sanggup membantu dan akan bersedia dengan lori air serta apa yang dimiliki mereka, tetapi perlu ingat ini bukan tugas utama kita," kata beliau, sambil mengingatkan yang SYABAS mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan bekalan air ke kawasan terlibat.

Beliau berkata PBT telah bersetuju untuk membantu Syabas jika ia gagal menyediakan bekalan air bantuan kepada penduduk terjejas. (MK)

IKLAN Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong 1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com