Thursday, December 19, 2013

Jackie Chan Ingin Buat Perubahan Dalam Filem-filem Terbaru.

Jackie Chan
HALAMAN HIBURAN 
KL: Pelakon Jackie Chan ingin membuat perubahan dalam filem-filem terbarunya. Dia agak terkilan dengan penerbitan filem aksi di zaman ini yang terlalu banyak menggunakan teknologi teknik pengimejan berkomputer (CGI).


"Kalau kita lihat mana-mana filem, mereka suka gunakan teknik CGI dalam filem aksi dan ia tidak lagi kelihatan asli. Dan saya tidak sukakan perkembangan itu.
"Cuba lihat, tidak ada sesiapa yang menggunakan seni mempertahankan diri 100 peratus lagi dalam filem mereka. Ini juga disebabkan kerana pihak penerbit ingin memotong kos agar wang yang dikeluarkan tidak berlebihan.

"Kerana itu, saya ingin menerbitkan filem aksi sendiri di mana saya yang akan penerbit, mengarah, menulis skrip dan berlakon dalam masa terdekat ini," ujarnya, yang sering berlakon melibatkan seni mempertahankan diri sejak tahun 1960-an.

Mengenai 'filem-filem cinta', Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 59, berkata, "Saya teringin berlakon filem cinta namun sehingga kini belum ada lagi mana-mana penerbit yang ingin mengambil saya berlakon filem genre sebegitu."

Jackie ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharunya Police Story 2013 di Hotel Ritz Carlton di sini pada Rabu. Pelakon itu dalam rangka siri jelajahnya ke negara ini untuk tujuan promosi filem berkenaan yang ditayangkan di pawagam bermula 18 Disember ini seperti dilaporkan mStar hari ini. (IH)

IKLAN   
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?  
Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.   
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails