Friday, December 06, 2013

Menarik.. Menanti Filem 'Papadom' Versi Bahasa Cina.

Gambar di atas Andy Lau, bawan Afdlin Shauki

HALAMAN HIBURAN

Afdlin Shauki Tunggu Kata Putus Andy Lau  

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki memberitahu beliau kini sedang menanti kata putus daripada bintang filem Hong Kong, Andy Lau untuk meghasilkan filem Papadom versi Bahasa Cina

Menurut Afdlin, peluang kerjasama itu datang selepas beliau dilamar oleh seorang penerbit yang terlibat dengan syarikat penerbitan milik Andy Lau. Setakat ini beberapa perbincangan telah antara Afdlin bersama wakil syarikat penerbitan aktor berkenaan.

"Saya dan penerbit tersebut pernah berjumpa ketika saya menjayakan projek menerbitkan filem pendek untuk Kumpulan Berjaya. Pernebit itu menyurakan hasrat mahu bekejasama dengan saya. Dia minta samada saya hasilkan sebuah filem dalam versi bahasa Cina atau sebuah filem baru. Saya katakan pada individu tersebut yang saya memang teringin nak mengarah filem Cina. Saya juga ada tunjukkan video filem Papadom dan mereka suka.

"Selepas itu kami mula mengatur beberapa pertemuan dan kami perbincangan dah dibuat beberapa kali. Belum ada apa-apa keputusan lagi. Sekarang ni saya tengah tunggu kata putus daripada Andy Lau.

"Saya difahamkan kalau projek ini jadi, Andy Lau bukan saja akan menjadi penerbit untuk Papadom (versi bahasa Cina) malah beliau juga bersedia untuk meminjamkan namanya sebagai memudahkan pihak kami mengintai layar lebar di Hong Kong atau di peringkat antarabangsa kelak", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem 'Papadom 2' bertempat di e@Curve, malam tadi.

Filem Papadom arahan Afdlin pernah ditayangkan sekitar tahun 2009. Filem yang mencecah kutipan RM3.5 juta itu dbintangi Liyana Jasmay, Afdlin sendiri serta Que Haidar, Noorkhiriah, Vanidah Imran, Scha Al-Yahya dan ramai lagi. Papadom juga pernah difilemkan dalam versi Tamil berjudul Appalam dan ditayangkan sekitar 2011. 

Hal ini adalah suatu perkembangan yang menarik dalam dunia perfiliman.
(IH)

IKLAN

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman..        
50 uncang RM39.
Baik Atasi Diabetes, darah tinggi, kegemukan dan  rawatan kulit..
 
Klik di sini..
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails