Mohammad Yousuf
SUKANJUARA Kung Fu Dunia, Mohammad Yousuf yang mewakili Mesir dalam saingan antarabangsa Jumaat lalu telah diharamkan oleh Kementerian Sukan Mesir mewakili seterusnya.
Keputusan itu dibuat apabila beliau membuat isyarat empat jari yang melambangkan sokongan untuk Rabaa Al-Adawiyya semasa menerima pingat emas pada Kejohanan Dunia di Saint Petersburg, Rusia pada har itu.
Mohammad Yousuf mempamer simbol 4Rabia (Berdiri di belakang dua dari kiri.).
Dengan memakai simbol T-shirt yang tertera lambang Rabaa Al Adawiyya ', juara Kung Fu itu memberi isyarat jelas menyokong dan bersimpati kepada demonstran pro-Morsi yang meninggal dunia semasa operasi ketenteraan pada bulan Ogos lalu.
Juara Kung Fu itu memenangi pertandingan Sanda akhir menentang peserta Iran Arman Paziari dengan skor 0/2. Persatuan Kung Fu Mesir berkata Yusuf akan disiasat dengan segera kerana Persatuan tidak mahu mencampur-adukkan sukan dengan politik memandangkan kegawatan politik semasa Mesir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon persatuan tidak mahu mencampur-adukkan sukan dengan politik, tetapi menggunakan kuasa politik memaksa ahli sukan itu menyokong kezaliman pemerintah kuku besinya.Tidak campur politik apa? (IH)
Lihat lagi..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
2 comments:
engkau tu blogger bahlol bin goblok,apa yang kau tahu tentang politik Mesir,bagero tak abis-abis.
Apa yang lu tahu tentang Mesir, tak siuman lu!
Post a Comment