Wednesday, August 14, 2013

Roboh Surau: Majlis Agama Seperti Taliban? Mengapa Tuduh Taliban?

Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'


NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau.
NONE"Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor...  Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.
NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

"Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN,"

"MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.

LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.

Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi  Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ.

Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban"? Taliban tidak salah, bergerak diatas jalan kebenaran. Pihak AS dan sekutunya yang  salah menjajah negara umat Islam itu. Tidak tepat tuduh dan hina Taliban. Lebih baik sebut UMNO & BN saja, kerana Mufti Johor di bawah kerajaan Malaysia.

Pada dasarnya perjuangan mujahidin Taliban tidak salah.  Apakah  NGO LFL menganggap tindakan  pihak berkuasa  agama Johor juga tidak salah? Awas berhati-hati jangan menghina sebahagian dari mujahidin-mujahidin Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails