Wednesday, August 14, 2013

Lambakan Filem Hantu Di Tv, Kementerian Masih Bengap Bengong!

RADIO Televisyen Malaysia menayangkan filem Zombie Kampung Pisang menerusi TV2 malam tadi. 
HALAMAN HIBURAN
Stesen TV lambak filem hantu
KUALA LUMPUR – Kebanyakan stesen televisyen tempatan mengambil tindakan di luar dugaan apabila mereka melambakkan filem-filem hantu dan seram di stesen masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Lebih menyedihkan, kebanyakan filem hantu dan seram itu bukan sahaja tidak berkualiti malah memperbodohkan penonton ke tahap paling menjengkelkan. Lebih buruk lagi, ia ditayangkan hampir setiap hari dalam minggu pertama perayaan Aidilfitri.

Pihak pengurusan stesen televisyen dipercayai sengaja berbuat demikian semata-mata untuk meningkatkan rating penonton memandangkan filem genre sedemikian tetap menarik ramai penonton. Mereka juga berbuat demikian untuk mendapatkan iklan manakala penerbit filem turut menerima bayaran setiap kali filem mereka ditayangkan di televisyen.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman web rasmi stesen televisyen tempatan dan stesen televisyen berbayar mendapati filem-filem hantu lazimnya ditayangkan pada waktu puncak iaitu antara pukul 8 malam hingga 11 malam. Malah terdapat juga stesen televisyen yang menayangkan filem hantu tanpa mengira waktu termasuk antara pukul 1.30 pagi sehingga pukul 6 pagi.

Selain karya tempatan, sebilangan daripadanya merupakan filem keluaran luar negara seperti dari Indonesia yang ditayangkan menerusi stesen televisyen berbayar. Antaranya ialah filem Pocong Jalan Blora, Pocong Rumah Angker dan Pocong Jumaat Kliwon di mana kesemuanya adalah terbitan dari negara jiran.

Di samping itu, terdapat filem yang ditayangkan secara berulang kali bagi tempoh yang berbeza di stesen televisyen berlainan. Sebagai contoh, Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di TV3 pada Hari Raya pertama pukul 2 petang. Filem yang sama turut ditayangkan di Astro Ria pada 15 Ogos pukul 9 malam. (Kosmo)

Sementara itu, dua tokoh akademik menyifatkan tindakan pengurusan stesen televisyen tempatan melambakkan filem hantu dan seram ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai perbuatan kurang bertanggungjawab. Menurut mereka, kebanyakan filem hantu yang lucu itu sebenarnya cerita bodoh yang merendah-rendahkan cara pemikiran penonton terutamanya golongan Melayu ke tahap paling rendah.

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan berkata, pembikin filem-filem Melayu seharusnya berfikiran ke hadapan bagi menghasilkan karya bermutu.
Beliau berkata, pemikiran mereka perlu setanding dengan tahap pemikiran masyarakat yang semakin maju.

"Kebanyakan filem Melayu seram sekarang apabila kita tonton langsung tidak menimbulkan rasa seram atau takut, sebaliknya menjadi sesuatu yang lucu dan bodoh.
"Filem-filem seperti ini sangat memperbodohkan orang Melayu dan memberi kesan negatif daripada segi persepsi bahawa tingkat pemikiran mereka sangat rendah, walhal realitinya tidak seperti itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artikel ini, antara banyak artikel yang memberi komen positif terhadap pembangunan pemikiran rohani dan jasmani rakyat Malaysia. Tetapi nampaknya, kemnterian-kementerian yang bertanggung jawab masih bengap-bengong seribu bahasa!

3 comments:

QalamQabut said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artikel ini, antara banyak artikel yang memberi komen positif terhadap pembangunan pemikiran rohani dan jasmani rakyat Malaysia. Tetapi nampaknya, kemnterian-kementerian yang bertanggung jawab masih bengap-bengong seribu bahasa!

Aku setuju! Aku rasa dah lama dah ada garis panduan mengenai cerita2 tahyul ni. Tapi seperti biasa, semuanya dilaksanakan cara hangat2 taik ayam saja.

Memang banyak perancangan dan usaha yang dilaksanakan untuk kebaikan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetapi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak berjaya atau tidak berdaya untuk laksanakan secara berkesan dan berkekalan. Yang salahnya ialah menteri dan pegawai atasan yang kononnya ghairah untuk tonjolkan idea baru hingga hapuskan idea lama yang baik dan bermanfaat. Setiap kali tukar menteri, tukar ketua jabatan, maka bertukar juga halatujunya hingga terbazir segala belanja dan usaha. Entah bila kita akan maju jika selalu benar bermula langkah dari tapak pertama.

ZAMRI said...

sETUJU qOLAM qABUT

Unknown said...

bkn setakat tuh je...sy tgk sekarang nih drama makin berani memaparkan babak antara lelaki & perempuan yg sy rasa sgt melampau sampai sy keliru samada tgh tgk drama melayu or barat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails