Tuesday, August 13, 2013

Hina Islam: Pengurus Resort Di Mahkamah 9.30 Pagi

KIRA-KIRA 30 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia mengadakan demonstrasi aman di hadapan surau milik sebuah resort yang mencetuskan kontroversi di Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam.

KEMASKINI
KOTA TINGGI: Pemilik resort di Tanjung Sedili Besar di sini, yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan dalam surau, telah ditahan reman selama empat hari.
Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira 9.30 pagi Selasa, di hadapan pendaftarmahkamah Hairul Azhar Mohamad yang membenarkan perintah reman sehingga Jumaat.

 Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia, ditahan pada petang Ahad di Tanjung Sutera Resort, 40 kilometer dari sini. Polis berkata, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.
 
KOTA TINGGI – Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pusat peranginan tersebut pada kira-kira pukul 2 petang semalam. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Menurutnya, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes itu.

“Kita akan mendapatkan perintah reman esok (hari ini) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
“Saya harap masyarakat setempat bersabar dan jangan mengeksploitasi isu ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. (Kosmo)

Liharsebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails