KL: Masyarakat sekitar Bandar Baru Salak 
Tinggi kini boleh mengakses internet secara percuma selepas Kerajaan 
Negeri memasang internet jalur lebar (WiFi) percuma di sini. WiFi
 ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja di sini dan telah 
dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Program
 yang dinamakan WiFi Selangorku ini adalah di bawah peruntukan Geran 
Selangorku manakala Bandar Baru Salak Tinggi adalah antara 112 lokasi 
WiFi percuma yang dirancang dipasang seluruh Selangor. Abdul 
Khalid dalam ucapannya berkata, sebanyak RM2.74 juta diperuntukkan untuk
 projek ini dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan 
melalui tender terbuka.
“Pelbagai projek diperuntukan melalui 
Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal 
serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat 
Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat,” katanya dipetik 
Selangorku.
Tambah beliau, semua kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘HotSpot’ WiFi Selangorku akan siap dipasang akhir Mac ini.
“Kawasan
 luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga 
digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan 
maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal 
TVSelangor,” katanya.
Sementara itu, WiFi Selangorku ini 
berkelajuan 2 Megahertz(MHz) dan liputan minima boleh dicapai 
berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 
orang pengguna pada satu-satu masa. (Hrkh)

1 comment:
Tahniah Selangor
Post a Comment